Macbook Repair - Mecnote: Bateri Macbook Kembung / Panas / Rosak ??

Cari Model Mac

Sabtu, 9 Oktober 2021

Bateri Macbook Kembung / Panas / Rosak ??

 


                        Bateri Macbook Kembung / Panas / Rosak ??


Masalah bateri Macbook Kembung / Panas / Rosak sebenarnya berpunca daripada cara penggunaan Macbook tersebut.










Nak tau antara punca-puncanya ??

Disini kami nyatakan antara puncanya :

1) Tidak mengecas bateri Macbook sehingga penuh semasa mula-mula membelinya (bateri belum penuh, dah on tengok youtube).

2) Kerap mengecas bateri Macbook (tengah tengok drama, tiba-tiba bateri habis, cucuk Magsafe kemudian sambung layan drama).

3) Guna Macbook sambil mengecas bateri (cucuk Magsafe sambil buat tugasan sehingga bateri 100% pun masih buat tak tau).

4) Guna Macbook diatas permukaan kain fabrik (tengok drama korea feeling habisss sampai tak sedar panas yang melampau).

5) Meletakkan atau membiarkan Macbook di dalam kereta (membiarkan Macbook dalam jangka masa yang lama di dalam kereta)


Nak jaga bateri Macbook yaaa memang nampak mudah, tetapi tidak semua yang mengambil berat tentang hal penjagaannya.Bukan mereka sengaja, mungkin juga mereka berfikiran ianya akan dalam keadaan yang baik-baik sahaja atau mereka tidak tahu bahawa perkara tersebut boleh menyebabkan kerosakkan pada bateri Macbook.

Bagi mengelakkan daripada bateri Macbook kembung / panas / rosak lagi selepas ini, sebagai pengguna Macbook haruslah mempunyai kesedaran dan mencari jalan agar perkara seperti itu tidak berlaku lagi.


                             


Antara tipsnya ialah :

1) Cas bateri Macbook yang baru dibeli sehingga penuh (jangan membiarkan ia terlalu lama cas sehingga panas / overheating).

2) Jangan terlalu kerap mengecas Macbook (jika arahan daripada bateri Macbook sudah keluar, seeloknya berhenti daripada penggunaan Macbook dan segera shutdown,supaya Macbook dapat dicas tanpa ada gangguan).

3) Elakkan daripada mengguna Macbook dalam keadaan Magsafe sedang disambungkan dalam jangka masa yang lama (ia dapat mengurangkan ketahanan bateri tersebut daripada kekal lama).

4) Jangan menggunakan Macbook diatas permukaan kain fabrik kerana ianya menghalang air flow daripada berfungsi dengan baik dan menyebabkan Macbook panas (fabrik dapat menyerap haba sehingga ia boleh menyebabkan Macbook panas yang melampau).

5) Jangan membiarkan Macbook dalam kereta kerana boleh menyebabkan Macbook panas dan merosakkan Macbook terutamanya bateri (ia juga boleh mendatangkan bahaya misalnya berlaku kes kecurian).


Jangka hayat bateri Macbook sememangnya dapat digunakan dengan lebih lama jika seseorang itu menjaga dan mengguna Macbook dengan cara yang betul.

Jika tidak, ia dapat merosakkan komponen yang lain tanpa kita sedari.Bateri Macbook yang kembung juga boleh memberi effect pada touchpad sehingga pengguna Macbook terpaksa menggunakan mouse sebagai bantuan.


Sebarang Masalah Tentang Mac Boleh Cari Atau Contact Kami Di...


Cari Kami ? Gombak 



 



Mecnote Studio Gombak (HQ


No, Gombak, 15A, Jalan SG 1/6,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor.



Whatsapp Tanya Kami masalah Mac Anda



 Email.     : macbookstation@gmail.com 

(Everyday Open) 



                       





Tiada ulasan:

Catat Ulasan