Macbook Repair - Mecnote

Cari Model Mac

Jumaat, 12 Mac 2021

 MACBOOK BATTERY KEMBUNG




KENAPA BATERI MACBOOK KEMBUNG? JOM KITA TENGOK PUNCA DAN CARA MENGATASINYA...


Antara puncanya ;

1. Tidak mengecas Bateri Macbook sehingga penuh selepas membuat pembelian kali pertama.

– Bateri belum cas sepenuhnya dah ON dan bukak aplikasi lain.

2. Kerap mengecas Bateri MacBook.

– Tengah buat kerja atau tengok Netflix tiba-tiba bateri habis, cucuk Magsafe kemudian sambung tonton.

3. Guna MacBook sambil sedang mengecas bateri.

– Cucuk Magsafe sambil membuat tugasan sehingga bateri sudah 100% pun buat tak tahu.

4. Bateri MacBook terlebih charge (overcharging).

– Sementara charge MacBook, niat nak baring saja sekali terlelap sampai berjam-jam.

5. Guna Bateri MacBook yang tidak Original, barangan Second Hand atau Local.

– Ketahanan dan kondisi bateri tidak bagus.

6. Guna Macbook diatas permukaan fabrik.

– Guna MacBook atas karpet atau katil sampai tak sedar MacBook dalam keadaan panas yang melampau.

7. Meletakkan atau membiarkan MacBook di dalam kereta.

– Dalam perjalanan balik kampung, singgah lunch lalu membiarkan MacBook di dalam kereta atau terlupa yang MacBook tertinggal dalam kereta.





Cara mengatasi ;

1. Cas bateri MacBook yang baru dibeli sehingga penuh.

- Selepas membuat pembelian, cas terlebih dahulu sebelum guna dan jangan biarkan MacBook terlalu panas (Overheat).

2. Jangan terlalu kerap mengecas MacBook.

- Sekiranya bateri Macbook sudah memberi amaran bahawa Macbook perlu di cas, seeloknya berhenti daripada menggunakannya lalu segera shut down. Kemudian cucuk Magsafe supaya bateri MacBook dapat di cas tanpa gangguan sehingga penuh.

3. Elakkan daripada mengguna MacBook dalam keadaan Magsafe sedang disambungkan dalam waktu yang lama.

- Ia dapat mengurangkan ketahan bateri tersebut untuk kekal tahan lama.

4. Jangan membiarkan bateri MacBook cas terlalu lama sehingga berjam-jam.

- Ia boleh menyebabkan bateri menjadi panas dan rosak dengan mudah. Jika perkara sebegini dibiarkan, ia akan memendekkan lagi jangka hayat bateri tersebut kerana telah berlakunya trickle charging. Disamping itu, seeloknya segera mencabut Magsafe apabila MacBook 90% charging kerana setiap kali bateri di cas penuh 100%, maka ia akan dikira 1 kitaran (cycle count). Jika bateri sudah melebihi cycle count, bateri perlu digantikan dengan yang baru sebelum berlakunya kerosakkan pada komponen yang lainnya.

5. Jangan sesekali terdetik dihati ingin membeli dan menggunakan bateri MacBook yang tidak original atau second hand.

- Harga yang murah sudah tentunya tiada kualiti dan ia juga boleh merosakkan Macbook kerana kita tidak mengetahui keadaan sebenar bateri walaupun kelihatan seperti bateri yang baru. Selain itu, kualiti Magsafe juga perlu dititikberatkan.

**Jangan menggunakan Magsafe yang tidak original dan tidak berkualiti tinggi kerana Magsafe tersebut akan menjejaskan keselamatan anda serta Macbook terutamanya bateri.



ADA MASALAH MACBOOK/IMAC? 

MANA NAK CARI KAMI?

BOLEH RUJUK DI BAWAH...




Cari Kami ? Bangi (Bandar Baru Bangi Seksyen 3)










Mecnote Bangi (Boleh Waze


D-1-7 Jalan 3/38A, Seksyen 3 , 
Bandar Baru Bangi. (34.57 km)

43650 Bangi, Malaysia



Whatsapp Tanya Kami masalah Mac Anda



 Email.     : macnotesk@gmail.com 
Operasi : 10 pagi - 9.00 malam
(Everyday Open) 


Landmark : Dkt Petronas Seksyen 3 Sebelah Kasor 

detailing





ikut tanda arah banner kami. 

Wassap No Admin utk share location
60105267005













Tiada ulasan:

Catat Ulasan