Macbook Repair - Mecnote: IPHONE ATAU IPAD TERJATUH, SCREEN BLANK DAN CRACK

Cari Model Mac

Isnin, 21 September 2020

IPHONE ATAU IPAD TERJATUH, SCREEN BLANK DAN CRACK

  

SCREEN IPHONE BLANK SECARA TIBA-TIBA LEPAS TERJATUH?? 



Masalah 'screen blank' ni sudah pasti boleh terjadi pada semua model iPhone atau telefon pintar yang lain. Apakah punca utama masalah 'screen blank' dan apakah kerosakkan sebenar masalah 'screen blank' ni?

Punca utama yang kebiasaannya terjadi adalah iPhone terjatuh dengan jarak yang tinggi atau hentakan yang kuat. Selain dari itu, litar pintas semasa mengecas dan keadaan bateri kembung juga boleh menyebabkan masalah 'screen blank' ini berlaku.

Kerosakkan sebenar masalah 'screen blank' tidak dapat dinilai terus, ianya perlu diperiksa terlebih dahulu oleh juruteknik pakar. Namun ianya samada skrin telah rosak serta merta, kabel skrin telah rosak, port untuk menyambung kabel telah rosak ataupun chipset tertentu pada motherboard gagal berfungsi.



Baru-baru ini, team Mecnote Shah Alam didatangi pelanggan yang mempunyai masalah 'screen blank'.

"Saya tengah bermain phone macam biasa semalam, entah macam mana phone tu tergelincir dari tangan lalu terjatuh dalam keadaan saya sedang berjalan. Bila saya ambil semula phone tu, saya tekan-tekan home button tapi takda apa-apa yang keluar. Kemudian bila pulang ke rumah, saya minta isteri untuk membuat panggilan pada nombor saya dan phone saya berbunyi tetapi masih tiada apa-apa yang keluar pada skrin phone tersebut." Luahan Mr. Chia Kian Hong dari Shah Alam.

Dengan simptom yang diberitahu oleh Mr. Chia Kian Hong itu, berkemungkinan iPhone kepunyaannya itu hanyalah mempunyai masalah skrin sahaja.
Apabila juruteknik Mecnote Shah Alam membuat pemeriksaan, disahkan kerosakkan pada skrin sahaja. Dengan persetujuan Mr. Chia Kian Hong untuk menukar skrin yang baru, team operation Mecnote Shah Alam pon mulakan kerjanya.

PROSES PENUKARAN SKRIN (IPHONE )


Sama seperti iPhone generasi yang lama, skrin perlu ditarik menggunakan 'Phone Screen Sucker' tapi bezanya adalah iPhone mempunyai 'Water Resistant Adhesive Tape' iaitu pelekat yang dikelilingi skrin iPhone tersebut utk mencegah dari dimasuki air. Kesukaran disini adalah memerlukan pemanas bagi memastikan pelekat tersebut cair untuk memudahkan skrin ditarik keluar. 


Kemudian bezanya juga dengan generasi iPhone yang lama, skrin tidak dibuka dari bawah tetapi dibuka dari tepi (seperti membuka buku). Dan perlu membuka secara perlahan untuk memastikan kabel tidak terputus.


Setelah skrin berjaya dibuka (tidak perlu buka sepenuhnya), skru pada plat di bahagian kabel penyambung bateri perlu dibuka terlebih dahulu untuk tanggalkan kabel bateri. Apabila kabel bateri telah ditanggalkan, kabel skrin pula perlu ditanggalkan.


Gambar di atas menunjukkan percubaan screen baharu sebelum dipasang sepenuhnya. Proses ini penting untuk juruteknik untuk memastikan skrin baharu dalam keadaan baik sebelum dipasang sepenuhnya bagi mengelakkan pembukaan skrin berulang kali.


Proses seterusnya adalah memindahkan komponen-komponen dari skrin lama ke skrin yang baru seperti kamera hadapan, Home Button dan lain-lain.


Setelah semuanya selesai, perlu diperiksa semula bagi memastikan tiada kerosakan semasa pemindahan komponen. Gambar di atas menunjukan 'Touch ID' berfungsi dengan baik selepas dipindahkan pada skrin yang baharu. Masalah kegagalan 'Touch ID' sering berlaku semasa pemindahan pada skrin baharu, jadi prosesnya perlukan pemerhatian yang tinggi kerana 'Touch ID' tidak boleh diganti.


Dan jangan dilupakan pemeriksaan yang lain seperi kamera hadapan, sensor panggilan masuk, dan lain-lain.


Dan skrin iPhone 7 milik Mr. Chia Kian Hong berjaya diselamatkan.
Jutaan terima kasih diucapkan pada Mr. Chia Kian Hong kerana memilih Mecnote Shah Alam sebagai pusat membaik pulih telefon pintarnya dan mempercayai servis dari kami!


Jika anda sendiri ada masalah seperti masalah di atas atau masalah lain tentang iMac? Tanya Kami



Anda dinasihatkan tonton hasil kerja kami sebelum berurusan dengan pihak kami - 101 hasil kerja Mecnote




Cari Kami ? Shah Alam..

























Mecnote  ( Shah Alam )

No. 15, Jalan Keluli AK7/AK, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Operasi : 10pagi - 9malam ( Everyday Open)


Tel : 03-58922251Whatsapp : 013-531 6110Whatsapp chat : KLIK Sini



Landmard : Berdekatan dengan Bukit Raja dan Kilang Pharmaniaga
dan TAMCO berhadapan ZNZ Tijarah Sdn Bhd








by : alepjanoski


Tiada ulasan:

Catat Ulasan