Ramai pelanggan yang datang mengadu bateri Macbook mereka cepat rosak atau bateri cepat habis.
"bang,bateri Macbook saya cepat sangat habis ,baru je cas"
"bang,kenapa ye bateri Macbook saya cepat rosak,penat macamni asyik kena tukar bateri"
Tapi ada juga yang disebabkan jangka hayat bateri Macbook mereka sudah sampai masa dan perlu ditukar.
Jadi kami ingin berkongsikan beberapa tips untuk menjaga bateri Macbook anda supaya ia tahan lebih lama.
Antara punca bateri Macbook cepat rosak :
1)Membiarkan Macbook ditempat yang panas
2)Macbook terus dicaj walaupun tidak dihidupkan
3)Menggunakan pengecas Macbook tiruan
4)MacOs tidak dikemaskini
Tips untuk menjaga bateri Macbook anda supaya tahan lebih lama:
1)Elakkan daripada menyimpan atau membiarkan Macbook atau sebarang peranti Apple di tempat yang bersuhu tinggi seperti ruang belakang kereta.
2)Jangan biarkan Macbook terus dicaj walaupun tidak dihidupkan. Ia sebenarnya akan memendekkan jangka hayat bateri Macbook anda kerana berlakunya trickle charging.
3)Anda tidak digalakkan atau sebolehnya elakkan daripada menggunakan pengecas Macbook yang palsu(local). Gunakanlah yang original kerana sudah pasti kualitinya terbaik.
Lebih baik keluarkan modal yang lebih untuk original tetapi kualiti dan keselamatan terjamin daripada keluarkan modal yang sikit dan akhirnya akan merosakkan kembali bateri Macbook anda.
4)Apple sebenarnya ada memberikan informasi sebagai garis panduan tentang cara untuk anda memaksimumkan tempoh masa dan jangka hayat bateri untuk setiap produk-produk mereka.
Antara garis panduan tersebut adalah pastikan anda sentiasa mengemaskini sistem MacOS Macbook tersebut. Setiap kemaskini terutamanya yang melibatkan firmware akan memastikan sistem beroperasi dengan stabil bersama sesebuah perkakasan yang ada pada Mac.
Sampai disini sahaja tips daripada kami.
Sebarang pertanyaan dan masalah boleh contact kami di whatsapp klik link WHATSAPP US HERE
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan