Macbook Repair - Mecnote: Cleaning Service dan Thermal Paste Baru Macbook Pro A1286

Cari Model Mac

Selasa, 3 Mac 2020

Cleaning Service dan Thermal Paste Baru Macbook Pro A1286

Macbook menjadi panas sebab tak pernah service???



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel kali ini akan membincangkan tentang cleaning service Macbook Pro A1286.

Baru-baru ini, Mecnote Shah Alam telah dikunjungi oleh pelanggan yang mengadu bahawa Macbook Pro A1286 miliknya tiba-tiba menjadi panas apabila baru sahaja dibuka dan digunakan.

Kemudian, setelah diperiksa, technician kami mendapati bahawa mungkin kipas Macbook tersebut tidak berfungsi dengan lancar dan Thermal Paste mungkin telah mengering yang menyebabkan processor menjadi panas.

Jadi, team kami menasihati pelanggan tersebut supaya Macbook Pro miliknya perlulah menjalani proses "Cleaning Service" dan menukar Thermal Paste yang baru. Setelah selesai berbincang mengenai tempoh masa untuk siap dan harga yang sesuai, beliau akhirnya bersetuju dan berharap agar team kami dapat menyiapkan Macbooknya seperti yang dijanjikan.

PROSES "Cleaning Service"



Technician sedang membuka bateri Macbook Pro



Technician sedang menanggalkan kabel yang terdapat pada bahagian dalam Macbook.



Technician sedang menanggalkan kipas Macbook.





Gambar di atas menunjukkan bahagian kipas yang berhabuk.




Technician sedang melakukan kerja-kerja pembersihan pada kipas Macbook.




Gambar di atas menunjukkan Thermal Paste yang telah pun kering. Apabila Thermal Paste kering, seakan-akan tiada penyalur suhu panas antara heatsink dan processor sehingga menyebabkan processor mudah panas.




Gambar diatas menunjukkan technician sedang melakukan proses membersihkan processor daripada sisa Thermal Paste yang telah kering.



Technician sedang meletakkan Thermal Paste yang baru di atas processor.


Setelah selesai segala "Cleaning Service" dan penukaran Thermal Paste yang baru, technician melakukan Quality Control(QC) untuk memastikan Macbook berfungsi dengan lancar sebelum diambil oleh pemilik Macbook tersebut.

Setelah pelanggan tersebut datang semula untuk mengambil Macbook beliau, beliau sangat berpuas hati dengan hasil kerja kami dengan tempoh masa yang telah dijanjikan.

Kesimpulannya, kami dari Mecnote Shah Alam menasihatkan agar pengguna Macbook di luar sana agar sentiasa menjaga dan memastikan Macbook dalam keadaan yang terbaik. Kalian juga dinasihatkan supaya membuat "Full Cleaning Service" sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali setahun untuk mengekalkan prestasi dan momentum Macbook dalam keadaan yang lancar tanpa sebarang masalah.

Sekian Terima Kasih.



Jika anda sendiri ada masalah seperti masalah di atas atau masalah lain tentang iMac? Tanya Kami.



Anda dinasihatkan tonton hasil kerja kami sebelum berurusan dengan pihak kami - 101 hasil kerja Mecnote




Cari Kami ? Shah Alam..























Mecnote  ( Shah Alam )

No. 15, Jalan Keluli AK7/AK, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Operasi : 10pagi - 9malam ( Everyday Open)


Tel : 03-58922251Whatsapp : 013-531 6110Whatsapp chat : KLIK Sini



Landmard : Berdekatan dengan Bukit Raja dan Kilang Pharmaniaga
dan TAMCO berhadapan ZNZ Tijarah Sdn Bhd









by : Faris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan