Macbook Repair - Mecnote: "Cara Mengaktifkan Guest User"

Cari Model Mac

Sabtu, 7 Mac 2020

"Cara Mengaktifkan Guest User"

"Cara Mengaktifkan Guest User"



Apa itu Guest User? Guest User sebenarnya adalah mode yang memudahkan bagi Admin User iMac/ Macbook/ Mac mini untuk membenarkan orang lain menggunakan iMac/ Macbook/ Mac mini pemilik tanpa perlu log masuk sebagai  Admin User.


Sebagai contoh, ada kawan atau sedara yang mahu meminjam komputer dan mengakses iMac/ Macbook/ Mac mini. Mesti tidak boleh sembarangan memberi akses untuk pengguna admin kepada orang lain dikhuatiri akan menjejas fail, tetapan dan data anda yang beharga dan sulit. 


Jadi bagi memastikan segala fail dan data terpelihara, perlu wujudkan satu akaun Guest User. Akaun Guset User sebenarnya menghadkan aktiviti yang mengancam data dan fail semasa menggunakan iMac/ Macbook/ Mac mini terbabit. Teruskan membaca cara yang ringkas dan mudah untuk mengaktifkan Guest User. 


1. Masuk ke System Preference > User & Group untuk mengaktifkan Guest User di Mac.


Pilih User& Group untuk membuat Guest User.




 2. Akaun Admin User dan Guest User akan terpampang pada bahagian User & Group.


Contoh terdapat akaun Admin User dan Guest User.




 3. Klik Kunci di bahagian kiri bawah tertingkap, kemudian masukkan Nama Pengguna dan kata laluan.


Perlu masukkan nama dan kata laluan terdahulu.



 4. Dalam bahagian Guest User, klik Allow guests to log in untuk mengaktifkan di iMac/ Macbook/ Mac mini.




Pilih Allow guest to log in this computer.


 
5. Sekarang anda hanya perlu log keluar.
 


Apabila masuk, paparan menunjukkan Admin User dan Guest User.








Mecnote Bangi (Boleh Waze


D-1-7 Jalan 3/38A, Seksyen 3 , 
Bandar Baru Bangi. (34.57 km)

43650 Bangi, Malaysia



Whatsapp Tanya Kami masalah Mac Anda



 Email.     : macnotesk@gmail.com 
Operasi : 10 pagi - 9.00 malam
(Everyday Open) 


Landmark : Dkt Petronas Seksyen 3 Sebelah Kasor 

detailing





ikut tanda arah banner kami. 

Wassap No Admin utk share location
60105267005












Tiada ulasan:

Catat Ulasan