Mecnote : UPGRADE SSD MACBOOK AIR!!

Cari Model Mac

Tuesday, 11 February 2020

UPGRADE SSD MACBOOK AIR!!

"Dah tak perlu External Hard Disk! Semua boleh sumbat dalam Macbook Air ni!" 



Selalunya kalau bab naik taraf ni mesti Macbook Pro tahun 2012 ke bawah sebab Macbook Pro tahun 2012 ke bawah menggunakan HDD. Bila dah lama pakai makin lama makin perlahan, sebab tu kena upgrade SSD baru berdesup laju. Jarang kita dengar Macbook Air ni nak upgrade sebab Macbook Air memang sudah didatangi dengan SSD. Tapi masalah yang dihadapi oleh pengguna Macbook Air bukanlah prestasi yang perlahan, tetapi saiz storan yang tidak mencukupi. Macbook Air juga menggunakan SSD jenis PCIe atau NVMe bukannya SATA.

Proses penukaran SSD Macbook Air


Proses pertama adalah keluarkan SSD yang lama pada Macbook Air (perlu putuskan sambungan bateri terlebih dahulu). Gambar di atas menunjukkan juruteknik sedang menanggalkan skru pada SSD tersebut.


Gambar di atas menunjukkan juruteknik sedang mengeluarkan SSD dari slot pada Macbook Air.


Seterusnya masukkan SSD yang baru yang bersaiz lebih besar pada Macbook Air tersebut.


Pastikan keadaan SSD dalam keadaan yang betul supaya dapat skru dengan tepat seperti gambar di atas.


Kemudian masukkan sistem operasi dengan versi yang bersesuaian dengan model Macbook tersebut.


Selesai sudah pemasangan SSD saiz yang lebih besar pada Macbook Air.


Jika anda sendiri ada masalah seperti masalah di atas atau masalah lain tentang Macbook? Tanya Kami.



Anda dinasihatkan tonton hasil kerja kami sebelum berurusan dengan pihak kami - 101 hasil kerja Mecnote




Cari Kami ? Shah Alam..






















Mecnote  ( Shah Alam )

No. 15, Jalan Keluli AK7/AK, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Operasi : 10pagi - 9malam ( Everyday Open)


Tel : 03-58922251Whatsapp : 013-531 6110Whatsapp chat : KLIK Sini



Landmard : Berdekatan dengan Bukit Raja dan Kilang Pharmaniaga
dan TAMCO berhadapan ZNZ Tijarah Sdn Bhd






by : AJ

No comments:

Post a comment