Macbook Repair - Mecnote: BATERI DAH TAK BOLEH CAS??

Cari Model Mac

Ahad, 1 Disember 2019

BATERI DAH TAK BOLEH CAS??

"Macbook dah minta Bateri baru, sampai dia tak bagi cas lagi dah"  



Masalah bateri pada pengguna Macbook ada pelbagai jenis, ada yang battery kembung, ada yang dah cas 100% tak sampai 30 minit dah jadi 30%, ada yang bateri tak dikesan langsung dan macam-macam lagi. Tapi untuk kali ini topik yang akan dibincangkan adalah 'Battery Is Not Charging' atau bateri tidak boleh cas walaupun Macbook mengesan bateri tersebut.

Kondisi Bateri



Kebiasaannya, kondisi bateri boleh diperiksa kerana ianya akan dipamerkan pada bahagian notifikasi bateri sekiranya bateri Macbook anda bermasalah. Antara kondisi-kondisi yang sering terlihat adalah, 'Service Battery', 'Replace Soon' dan 'Replace Now'. Kondisi yang paling teruk adalah 'Replace Now' seperti gambar di atas, ianya kerana Macbook tidak lagi dapat menampung keadaan bateri yang bermasalah dan anda perlu menggantikan bateri yang baharu.




Anda juga boleh menggunakan Software yang boleh dimuat turun seperti 'Coconut Battery'. Gambar di atas adalah contoh gambaran keadaan dan kesihatan bateri menggunakan software 'Coconut Battery'. 'Full Charge Capacity' adalah peratusan bateri yang telah anda cas manakala 'Design Capacity' pula adalah kesihatan bateri Macbook anda. Anda juga boleh lihat 'Cycle Count' bateri dan juga suhu bateri menggunakan software 'Coconut Battery' ini.
Gambar di atas menunjukkan keadaan bateri pada Macbook Pro 13 inch Retina Display (2014) atau nombor modelnya : A1502. Didapati kesihatan bateri Macbook tersebut dalam keadaan yang kritikal iaitu 12.5% walaupun 'Cycle Count' bateri tersebut hanyalah 324. Peratusan bateri kekal 0% kerana baterinya tidak dapat dicas lagi.


Proses penukaran Bateri

Untuk model Macbook Retina Display ini, baterinya mempunyai gam dan bukan 'Plug n Play. Jadi anda perlu teknik yang betul dan pemerhatian pakar sekiranya anda ingin menukar bateri dengan sendiri.



Gambar di atas menunjukkan keadaan dalaman untuk bateri model A1502. Secara fizikalnya bateri kelihatan tidak bermasalah kerana tiada bahagian yang kembung, hanya terdapat habuk sahaja pada permukaan bateri. Tetapi oleh kerana usianya yang telah tua dengan penggunaan yang berat, telah sampai masanya untuk digantikan dengan yang baru.


Bateri baru telah tersedia untuk pasang, pastikan model bateri adalah sama. Sekiranya tersalah model boleh mengakibatkan kerosakkan pada Logic Board Macbook.


Gambar di atas menunjukkan gam pada permukaan bawah bateri ini telah ditanggalkan satu persatu.


Setelah kesemua gam berjaya ditanggalkan, barulah bateri tersebut boleh diangkat dengan selamat.


Semasa pemasangan bateri yang baru, lapisan gam pada bahagian bawah bateri yang baru perlu ditanggalkan terlebih dahulu baru boleh pasang pada Macbook. Jika tidak ditanggalkan, bateri Macbook anda tidak melekat dan sering bergegar apabila anda membawa Macbook anda kemana-mana.

Keadaan Bateri Macbook yang baru


Selain menggunakan 'Coconut Battery', anda juga memeriksa keadaan bateri menggunakan sistem yang tersedia dari Apple. Caranya adalah: pergi ke 'About This Mac' -> 'System Report'. Di bahagian 'Hardware', anda klik pada bahagian 'Power'. Dan akan ianya akan terpamer seperti gambar di atas. Di situ anda boleh lihat kondisi bateri dan juga 'Cycle Count'. Gambar di atas menunjukkan 'Cycle Count' masih 0 dan kondisinya normal kerana bateri yang masih baru.


Dengan bateri baru, Macbook boleh dicas dengan normal semula.


Jika anda sendiri ada masalah seperti masalah di atas atau masalah lain tentang Macbook? Tanya Kami.



Anda dinasihatkan tonton hasil kerja kami sebelum berurusan dengan pihak kami - 101 hasil kerja Mecnote




Cari Kami ? Shah Alam..





















Mecnote  ( Shah Alam )

No. 15, Jalan Keluli AK7/AK, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Operasi : 10pagi - 9malam ( Everyday Open)


Tel : 03-58922251Whatsapp : 013-531 6110Whatsapp chat : KLIK Sini



Landmard : Berdekatan dengan Bukit Raja dan Kilang Pharmaniaga
dan TAMCO berhadapan ZNZ Tijarah Sdn Bhd






by : AJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan