Macbook Repair - Mecnote: SUHU MACBOOK NAIK MENDADAK SEBAB THERMAL PASTE KERING?!

Cari Model Mac

Ahad, 8 September 2019

SUHU MACBOOK NAIK MENDADAK SEBAB THERMAL PASTE KERING?!

"Thermal Paste Terlalu Kering Punca Macbook Overheat!" 





Banyak pengguna2 Macbook yang tak pernah servis Macbook mereka sejak dari mereka beli lagi. Sesetengah pengguna Macbook menganggap Macbook mereka dalam keadaan baik kerana persekitaran penggunaan Macbook adalah dalam keadaan baik bermaksud bebas dari habuk. Namun sekiranya 'Thermal Paste' Macbook anda tidak pernah tukar sejak dari anda beli (terutamanya model tahun 2012 ke bawah), ianya akan kering dan menyebabkan suhu Processor dan GPU Macbook anda akan naik mendadak sehingga 50°C - 90°C.


Gambaran thermal paste yang sudah kering.




Macbook dalam gambar di atas adalah Model A1278 (2009) iaitu Macbook Pro 13 inch non-retina tahun 2009. Pengguna Macbook tersebut hanya menggunakan Macbook ini dari segi penggunaan yang ringan iaitu melayari internet dan membuat kerja2 dokumen.
Namun Macbook tersebut kerap panas seperti menggunakan software berat seperti editing/renderring sedangkan hanyalah menggunakan software yang ringan.




Gambar di atas adalah suhu Macbook tersebut apabila ditembak pada bahagian logicboard Macbook sebelum technician mendapati thermal paste Macbook ini telah kering. Macbook tersebut hanya mengakses Youtube, namun suhu telah mencecah 62°C.


Proses servis dan penukaran thermal paste.





Setelah mendapati thermal paste Macbook tersebut kering, team technician menggantikan thermal paste yang baru. Kuantiti thermal paste yang diperlukan hanyalah sederhana (tidak terlalu sikit dan tidak terlalu banyak).


Suhu Macbook selepas penukaran Thermal Paste.


Setelah selesai proses penukaran thermal paste yang baru, suhu Macbook semakin Stabil. Gambar di atas menunjukkan suhu Macbook tersebut dalam keadaan sedang mengakses Youtube iaitu sama seperti sebelum penukaran thermal paste.

Perbezaan dapat dilihat iaitu:
suhu sebelum = 62°C
&
suhu terkini = 40°C

Jika anda sendiri ada masalah seperti masalah di atas atau masalah lain tentang Macbook? Tanya Kami.



Anda dinasihatkan tonton hasil kerja kami sebelum berurusan dengan pihak kami - 101 hasil kerja Mecnote




Cari Kami ? Shah Alam..
























Mecnote  ( Shah Alam )

No. 15, Jalan Keluli AK7/AK, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Operasi : 10pagi - 9malam ( Everyday Open)


Tel : 03-58922251Whatsapp : 013-531 6110Whatsapp chat : KLIK Sini



Landmard : Berdekatan dengan Bukit Raja dan Kilang Pharmaniaga
dan TAMCO berhadapan ZNZ Tijarah Sdn Bhd









by : AJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan