Mesti ramai pengguna Macbook yang menghadapi masalah Macbook panas lagi2 bila tengah editing dan renderring. Perkara ini biasa kerana Processor dan GPU sedang bekerja keras untuk menjalankan aktiviti2 dari Application/Software yang kita gunakan.
Tapi bukan ke kalau Macbook selalu panas boleh menyebabkan logic board rosak? Jadi tahap kepanas mana yang normal atau sesuai utk Macbook.
Berikut adalah beberapa tip untuk mengurus suhu operasi:
- Gunakan Macbook anda di mana suhu ambien adalah antara 50 ° dan 95 ° F atau 10 ° dan 35 ° C.
- Jangan tinggalkan Macbook anda di dalam kereta anda, kerana suhu dalam kereta terparkir boleh melebihi julat ini.
- Gunakan Macbook anda pada permukaan kerja yang stabil yang membolehkan pengudaraan yang baik.
- Jangan gunakan Macbook anda di atas katil anda, di atas bantal, atau di bawah selimut.
- Jangan letakkan apa-apa di atas Keyboard Macbook anda.
Macam mana nak tahu suhu semasa Macbook?
Cara yang mudah untuk memantau suhu Macbook anda adalah menggunakan software ataupun application. Antara Software yang sesuai untuk digunakan adalah SMC Fan Control.
Gambar diatas menunjukkan contoh fungsi SMC Fan Control.
Di bahagian kiri gambar menunjukkan kelajuan kipas Macbook anda. Anda boleh mengubah tahap kelajuannya secara manual ataupun biarkan ianya berubah secara automatik.
Di bahagian kanan gambar pula menunjukkan notifikasi semasa suhu dan juga kelajuan kipas Macbook anda, jadi anda boleh memantau suhu semasa Macbook anda ketika anda menggunakannya.
Jika Macbook anda kerap panas walaupun ada persekitaran yang sejuk ataupun persekitaran normal, berkemungkinan Macbook anda mempunyai habuk yang banyak dan membuatkan komponen di dalamnya sukar untuk bernafas. Jadi jika ianya terjadi, Macbook anda sangat memerlukan service supaya tidak mengalami masalah 'overheat'.

Ya , Mecnote Bantu Saya
Anda dinasihatkan tonton hasil kerja kami sebelum berurusan dengan pihak kami - 101 hasil kerja Mecnote
Ada masalah Mac ,tanya kami - Tanya Tentang Mac
#expertinmac
Mecnote
Jika anda sendiri ada masalah tentang Macbook? Tanya Kami.
Mecnote (Gombak)
No. 15a Jalan SG 1/6 ,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves
Selangor , Malaysia
waze : Mecnote
Landmark : Mcd Sri Gombak
Careline : 03-67316101
fb : Mecnote
Whatsapp : 0108025651
by AJ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan