Macbook Repair - Mecnote: KEBAIKKAN MENGGUNAKAN SSD(SOLID STATE DRIVE)

Cari Model Mac

Selasa, 6 November 2018

KEBAIKKAN MENGGUNAKAN SSD(SOLID STATE DRIVE)

Kenapa ramai yang upgrade HDD ke SSD? Sebagus manakah SSD ini??






  Apakah yang dimasukkan dengan SSD??


  • Solid State Drive (SSD) atau juga dikenali sebagai Solid State Disk kini merupakan salah satu keperluan bagi komputer moden. Berbanding beberapa tahun lepas di mana harga SSD adalah sangat mahal, kini terdapat banyak model budget ssd yang boleh dibeli di pasaran pada harga yang mampu milik. 




↪  Info menarik mengenai SSD....


  • SSD ialah teknologi storan yang lebih baru dan moden berbanding mechanical hard disk biasa yang digunakan pada majoriti komputer desktop dan laptop. 
  • Bezanya, SSD tiada “mechanical atau moving parts” dan kurang risiko mengalami kerosakan data berbanding hard disk.
  • Harga bagi SSD adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan hard disk biasa – contohnya pada harga satu SSD kapasiti 120GB anda boleh beli hard disk biasa dengan kapasiti 1TB. 
  • Tetapi, walaupun harga lebih tinggi, SSD menawarkan banyak kelebihan lain yang membuatkan pengguna tegar SSD sukar untuk menggunakan komputer dengan hard disk biasa.


↪  Info tambahan mengenai Apple dan SSD.....

  • Apple merupakan syarikat pembuat komputer yang menyertakan SSD di dalam setiap model laptop mereka iaitu, Macbook, Macbook Air dan Macbook Pro. 
  • Itulah sebabnya anda lihat Macbook dijual dengan kapasiti 128GB, 256GB dan 512GB. Apple lebih mementingkan kelajuan berbanding kapasiti.
  • Hasilnya, kebanyakan model Macbook walaupun menggunakan processor dual-core tetapi sangat laju dan responsif.


↪ 5 SEBAB UTAMA MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN SSD.....



    1. Solid State Drive mempunyai kelajuan membaca dan menulis data (Read / Write Speed) sehingga 20 kali lebih laju berbanding hard disk biasa dalam laptop atau desktop PC. Sebagai contoh, hard disk biasa mempunyai RW Speed 50-120 MB/s tetapi SSD moden mempunyai RW speed 500-550 MB/s.
    2. Bagi anda yang menggunakan perisian Adobe seperti Photoshop, Lightroom, Premiere dan sebagainya – penggunaan Solid State Drive membuatkan perisian Adobe lebih responsif, laju dan boleh meningkatkan produktiviti.
    3. Bagi gamers tegar – penggunaan Solid State Drive melajukan proses loading dan mengurangkan stuttering ketika bermain game. Harus diingat, hardware lain seperti CPU dan GPU masih lagi memainkan peranan penting bagi kualiti visual dan performance gaming.
    4. Model terkini Solid State Drive  mempunyai fungsi “DevSleep” iaitu lebih menjimatkan penggunaan bateri – sangat berguna kepada komputer jenis Ultrabook dan laptop untuk bisnes di mana ketahanan bateri sangat penting.
    5. Solid State Drive lebih senyap dan lebih sejuk berbanding Hard Disk biasa – tiada lagi bunyi bising “spinning” hard disk dan kurang risiko hardware panas yang boleh membawa kepada overheat dan kerosakan hardware.


    Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. 


    Jangan lupa share ya.


    Anda boleh hubungi kami melalui:

                             



    Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


    KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)

    - 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

    - 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

    - 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

    - 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS




    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan