Macbook Repair - Mecnote

Cari Model Mac

Selasa, 3 Julai 2018

10 Tips Untuk Melajukan Gadget Android Anda


1) Hentikan background services:
Walaupun lebih banyak RAM pada peranti anda membolehkan banyak proses dilakukan serentak, kadang-kadang ia boleh mengakibatkan peranti anda menjadi slow. Untuk menghentikan background services, anda perlu mematikannya melalui menu Developer Option. Cara untuk mengaktifkan Developer Option pula ialah pergi ke Settings dan klik Build Number sebanyak 7 kali. Buka Developer Options - Background Check - uncheck sebarang aplikasi yang tidak diperlukan untuk peranti anda.

2) Kosongkan Skrin Utama:
Tidak dapat dinafikan dengan memaparkan info cuaca, masa, skor permainan dan notifikasi media sosial mampu menjadikan hidup kita lebih mudah, namun pastinya ia hadir dengan risiko dan selalunya ia dalam bentuk kelajuan peranti. Oleh itu pastikan bahawa Skrin Utama anda seringkas yang boleh bagi mempercepatkan peranti Android anda.

3) Disable Animasi Dan Kesan Khas:

Ini boleh dilakukan sama ada membuka menu Developer Options atau menyemak launcher (terutamanya jenis custom), bagi mengetahui bagaimana untuk mengurangkan masa peralihan antara aplikasinya. Ini akan memastikan bahawa membuka aplikasi pada peranti Android hanya mengambil sedikit masa dan kurang beban.

4) Menutup Semua Aplikasi yang Running di Background / Menutup Setelah Anda Selesai Menggunakannya:
Seperti yang dinyatakan di atas, lebih banyak RAM membolehkan lebih banyak aplikasi dijalankan secara serentak. Sememangnya, ini menimbulkan ingatan yang lebih rendah daripada yang anda mahukan untuk prestasi yang lancar. Jadi, jika anda tidak mematikan aplikasi selepas selesai menggunakannya, tekan dan hold butang Home anda. Setiap aplikasi yang sedang running di background akan terpapar pada skrin, dan anda boleh mematikan semua aplikasi yang tak digunakan untuk mempercepatkan peranti android anda.

5) Gunakan GPU anda:
Pilihan ini akan membolehkan anda mengurangkan beban pada processor anda untuk menghasilkan elemen 2D, dengan memindahkannya ke GPU. Untuk menjadikan GPU anda membuat lebih banyak elemen, enable 'Force GPU Rendering' pada tetapan Developer Options.

6) Kosongkan Ruang Storan:
Ini satu lagi trick mudah yang kebanyakkan pengguna terlepas pandang. Peranti CPU anda memerlukan beberapa storan sebagai tambahan kepada memori RAM untuk menjalankan operasi dan jika anda telah hampir menggunakan hampir semua storan, maka processor perlu mencari proses yang relevan untuk melaksanakan dari lebih banyak titik data. Oleh itu, anda disarankan untuk memindahkan foto dan video ke cloud storage dan memadamkan aplikasi yang tidak digunakan.

7) Update Software Anda Jika Update Sudah Tersedia:

Sekiranya anda salah satu daripada pengguna bertuah yang OEM telah sediakan dengan kemas kini perisian yang tepat pada masanya, maka kami menyarankan anda memanfaatkan ia sepenuhnya. Sudah tentu, anda boleh memilih untuk update software anda sebaik sahaja ia tersedia. Tetapi, menunggu terlalu lama akan menyebabkan perisian anda tidak dapat menampung permintaan aplikasi dan keperluan mereka. Di samping itu, overhaul perisian juga akan memadamkan beban yang tidak perlu pada storan seperti data cache.

8) Disable Widgets:
Satu lagi beban yang tidak perlu pada sumber telefon pintar anda ialah widget tambahan. Sudah tentu, sebahagiannya seperti cuaca diperlukan, tetapi jika anda explore lebih dalam, anda akan menyedari bahawa mungkin anda tidak memerlukan semua widget di skrin utama anda. Maka mengeluarkannya mampu meningkatkan kelajuan gadget anda.

9) Reboot Smartphone Anda:

Cara mudah untuk memadam semua data sementara pada peranti anda yang mungkin menghalang prestasi adalah dengan hanya reboot. Sudah tentu, jika anda tidak membersihkan storan atau mengikuti langkah-langkah diatas, ini hanyalah bersifat sementara sahaja, peranti akan kembali perlahan semula bergantung kepada cara penggunaan anda.

10) Lakukan Factory Reset:

Sudah tentu, ini adalah pilihan yang terakhir setelah mencuba semua tips lain tetapi masalah peranti slow masih berlaku. Factory reset akan memadamkan semua data pada peranti dan mengembalikannya kepada keadaan asal. Ini cara terbaik untuk memperkemaskan prestasi kerana ia akan membuang 'bad code' serta elemen tersembunyi dan tiada fungsi dari peranti anda.


Semoga tips ini dapat membantu anda. 


Jangan lupa share ya.

Anda boleh hubungi kami melalui:

                         



Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)

- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan