Macbook Repair - Mecnote

Cari Model Mac

Rabu, 20 Jun 2018


RAM VS ROM : KENALI PERBEZAANNYA



Related image

Kedua-dua istilah ini sudah biasa kita dengar khususnya bagi pengguna peranti komputer pintar. Kebanyakkan drpd kita mengetahui bahawa semakin tinggi RAM atau ROM, semakin baik peranti tersebut.Tetapi hanya segelintir drpd kita yg tahu perbezaan antara dua kompononen ini. Jadi, artikel kalini akan menerangkan ttg perbezaan antara RAM dan ROM

Fungsi RAM

Random-access memory, ataupun RAM merupakan sejenis bentuk penyimpanan data yg boleh diakses pada bila-bila masa, tidak kira urutan atau peranti yg menyimpan data tersebut. RAM bersifat sementara, dan digunakan utk membantu sistem operasi dgn mengurangkan jangka masa utk sesuatu maklumat sampai ke processor. RAM diukur dalam megabyte dan kelajuan bacaannya diukur dalam nanosecond. Tambahan lagi, RAM boleh dibaca dengan kadar yg lebih laju berbanding dengan ROM.

Fungsi ROM
Read-only memory, ataupun dikenali sebagai ROM merupakan satu bentuk penyimpanan data di dalam komputer dan peranti elektronik yg lain. Data ini tidak boleh diubah dengan sewenang-wenangnya atau diprogram kembali. Data yg disimpan di dalam ROM bersifat kekal, bermaksud data tersebut tidak akan hilang walaupun anda sudah matikan/reboot peranti anda.

Perbezaan RAM dan ROM

i. Kegunaan


RAM membenarkan komputer manipulasi data dgan kadar yg lebih laju, terutama semasa melancarkan sotfware atau aplikasi. Ia membenarkan reading dan writing.
ROM pula bersifat statik. Ia hanya diperlukan semasa komputer boot dan hanya terhad kepada reading, tidak boleh writing
ii. Volatility
RAM adalah volatile, maksudnya data yg disimpan dan digunakan oleh sistem akan hilang sebaik sahaja kita reboot sistem.

ROM pula non-volatile, maksudnya semua data yg kita simpan tidak akan hilang walaupun kita reboot.
iii. Jenis-Jenis
Terdapat dua jenis RAM iaitu: RAM Statik dan RAM Dinamik

ROM terbahagi kpd tiga jenis: PROM, EPROM dan EEPROM.
iv. Contoh
RAM hadir dalam bentuk cip atau kad. Cip terdapat dalam smartphone, manakala kad biasanya utk komputer dan laptop.

ROM pula hadir dalam jenis penyimpanan kekal seperti hard disk, pendrive, cd-rom dan dsb.

Semoga tips ini dapat membantu anda. 


Jangan lupa share ya.

Anda boleh hubungi kami melalui:

                         



Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)

- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

                          
             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan