Macbook Repair - Mecnote

Cari Model Mac

Rabu, 13 Jun 2018

Jenis-jenis Virus

Asalamualaikum, Thread kali ini admin nak ceritakan sikit tentang perbezaan antara virus,worm dan trojan. Thread ni takdelah deep gila cuma asal korang faham dan senang dibaca sudahlah.

Benda apa tiga ni? yang selalu disebut disebut virus komputer lah, sebenarnya ada banyak lagi mcm adware,spyware dan sebagai nya. Nama besar dia adalah malware.

Virus
Image result for virus laptop Virus komputer ni sama je macam virus dalam tubuh badan iaitu bersifat berjangkit. Dia masuk dalam sesebuah peranti dengan cara menumpang didalam fail/software. Bila korang run/ buka app yg ada virus,benda ni dgn liciknya akan merebak terus masuk dlm peranti tu.

Biasanya,virus ni akan berjangkit pada fail sistem .exe yang mana kalau korang run sistem (on laptop) virus ni pon run sekali. Ada juga virus yg berjangkit dgn fail lain, mcm contoh virus macro yg mana virus ni menjangkiti fail microsoft word & excel.

So contoh korang buat assignment group, kongsi fail ha dari situ lah virus tu masuk.Selain tu,virus pon boleh menjahanamkan sistem operasi korang bila dia padam fail jenis .exe dan gantikan dengan dirinya untuk menyorok dari dikesan antivirus/windows security.

Virus juga boleh mengambil alih serta mengawal sistem memori dan akan mengakibatkan sistem operasi kerap hang dan berkelakuan aneh.

Worm Image result for worm laptop
worm ni dibawah kategori virus juga,sifat worm ni dia akan menyamar dan duplicate diri sendiri jadi sebiji mcm fail yg ditiru. Worm ni pon lagi bahaya dari virus,sebab dia tak perlukan host (tumpang fail) untuk menyebarkan dirinya

kerosakan yang dibuat oleh worm ni adalah lebih kurang sama mcm virus, tetapi lebih berbahaya kerana worm ni dapat tersebar dengan lebih pantas memandangkan ia tidak memerlukan host. contohnya, worm yang agak terkenal maydoom worm yg boleh menyalinkan dirinya dalam emel kemudian menghantar dirinya sendiri kesemua alamat emel yang ada didalam emel mangsa.Ada juga worm yang boleh bergerak melalui talian dan menyerang sistem yang lemah dan tidak mempunyai dinding api (firewall) seperti Blaster dan Sasser worm.

Trojan Image result for trojan laptop Saya boleh katakan yang trojan ni adalah yang paling bahaya sekali. Mangsa pon tak perasan dia ada.. tapi bila masanya telah tiba (diarahkan oleh hacker) trojan ni akan mencuri segala maklumat yg ada dalam peranti dan mengakibatkan kerugian besar kepada mangsanya.

Selain itu trojan ini dapat mencuri identiti. Apa yang ditaip oleh peranti yang ada trojan,ia akan rekod kesemuanya seperti password dan username bank.Kebanyakan yg kena attack adlh org yg berprofil tinggi atau website bank.

credit:Touchmedia

Semoga tips ini dapat membantu anda. 


Jangan lupa share ya.









Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Careline 013 531 6110


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari



Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan