Macbook Repair - Mecnote: Cara memastikan sesebuah laman web itu selamat dilayari

Cari Model Mac

Sabtu, 3 Mac 2018

Cara memastikan sesebuah laman web itu selamat dilayari

Adakah anda pasti laman web yang anda layari itu selamat?

Dalam sehari, anda mungkin melayari lebih daripada 10 laman web. Kadang-kadang mungkin terleka atau tak sengaja, anda terklik pada pautan yang terdapat pada laman web tersebut yang akan membawa anda ke laman web lain yang kelihatan mencurigakan.

Jadi di sini Saya kongsikan 5 tips untuk anda melayari internet dengan lebih selamat.

1. Aktifkan ciri keselamatan pada aplikasi pelayar web

Kebanyakan pelayar web moden yang ada sekarang mempunyai ciri keselamatannya sendiri. Ia membolehkan anda menghalang popup (kebiasannya iklan-iklan yang menjengkelkan), ciri Do Not Track dan banyak lagi.

Ciri-ciri ini anda boleh aktifkan dari tetapan pada laman web yang anda gunakan. Berikut adalah cara tetapan bagi mengaktifkan ciri keselamatan bagi 4 buah laman web popular yang biasa digunakan pengguna internet:-
Chrome: Settings > Advanced > Privacy and security
Edge: Settings > Advanced settings
Firefox: Options > Privacy & Security
Safari: Preferences > Security and Preferences > Privacy

Ciri keselamatan tambahan Google Chrome, Site Isolation.

Sekadar tambahan, bagi pengguna Google Chrome, anda boleh menambahkan lagi ciri keselamatan pada aplikasi tersebut dengan mengaktifkan ciri Site Isolation. Manakala bagi pengguna pelayar web Opera, anda boleh aktifkan ciri VPN (Virtual Private Network) terbina dalam serta perlindungan dari aktiviti kryptowang (ciri terbaru Opera 50).

2. Semak URL laman web dengan betul

Ini yang biasanya terjadi kepada kita, klik pada sesuatu pautan secara tidak sengaja sebab tidak melihat atau membaca dahulu dengan baik pautan yang diberikan.

Ini adalah gaya, tingkah laku yang menjadi kebiasaan kepada kebanyakan pengguna internet. Sebaiknya, anda melihat dan mengeja dulu alamat lamat web yang diberikan itu sama ada betul atau tidak.


Ini kerana, tabiat memandang sepintas lalu pada sesuatu pautan dan terus klik tanpa menyedari ke mana pautan tersebut akan membawa anda, menyebabkan anda mudah menjadi mangsa penggodam.

Sebagai contoh, anda menaip atau klik pada pautan Yah00.com. Padahal pautan yang sebenarnya adalah yahoo.com. Ini adalah antara teknik penipuan atau juga dikenali sebagai pancingan (phishing) yang biasa digunakan oleh penggodam bagi mengelirukan anda.


Contoh teknik phishing yang menggunakan mesej palsu yang biasa dijumpai oleh pengguna Mac.

Jadi, jangan mudah tertipu dengan teknik pancingan seperti ini. Kebiasaannya laman web menipu ini akan meminta maklumat sulit seperti kata laluan, nombor kad kredit, memberikan mesej palsu dan banyak lagi.

3. Pastikan laman web itu menggunakan HTTPS

HTTP (Hypertext Transfer Protocol) merupakan protokol asas yang digunakan dalam WWW (World Wide Web) bagi tujuan penghantaran data antara aplikasi pelayar web dan laman web yang anda lawati.


HTTPS pula adalah versi tambahan keselamatan terhadap protokol tersebut di mana “S” yang ditambah itu merujuk kepada “sekuriti”. HTTPS dapat mengenkrip komunikasi pengguna bagi mengelakkan daripada penggodam mencuri maklumat sensitif pengguna internet.


Kebiasaannya, institusi kewangan seperti perbankan dan perniagaan atas talian akan menggunakan HTTPS ini. Walaubagaimanapun, dengan kesedaran keselamatan internet yang semakin meningkat, kini boleh dikatakan hampir kesemua laman web telah pun menggunakan HTTPS.


Saya dapati masih terdapat laman web popular yang menjual barangan atau servis di Malaysia yang belum menggunakan HTTPS.

Namun begitu, penggunaan HTTPS bukanlah jaminan kepada sesebuah laman web itu selamat sepenuhnya. Ia hanyalah salah satu daripada ciri keselamatan yang dipertingkatkan bagi sesebuah laman web.

Ini kerana terdapat juga laman web penipu yang berselindung disebalik HTTPS ini yang bertujuan supaya ia kelihatan seolah-olah ia adalah laman web yang sah.


Tetapi anda boleh ambil pendekatan ini – Elakkan daripada membeli-belah atas talian disesebuah laman web yang tidak menggunakan HTTPS.

4. Buat imbasan pada laman web

Sebelum melayari sesebuah laman web, anda juga boleh membuat imbasan terhadap laman web tersebut bagi meyakini laman web itu selamat dilayari.

Anda boleh menggunakan Virus Total iaitu sebuah laman web keselamatan atas talian percuma bagi menyemak sesebuah laman web.


5. Lain-lain

Sebagai perlindungan tambahan, anda juga boleh menggunakan aplikasi antivirus seperti SOPHOS, AVG, dan Malwarebyte.

sumber : ariffmac.com




Semoga tips ini dapat membantu anda. 


Jangan lupa share ya.









Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Careline 013 531 6110


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari



Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan