Macbook Repair - Mecnote: Windows 10

Cari Model Mac

Sabtu, 27 Januari 2018

Windows 10






















Bila kita menyebut tentang syarikat Microsoft, kita tentu terbayangkan komputer yang menjadi kegunaan seharian kita sama ada di rumah mahu pun di pejabat. Perisian yang menjadi nadi sesebuah komputer
Windows-10_Product-Family

sudah tentulah perisian operasi atau lebih dikenali sebagai OS (Operating System). Bagi pengguna komputer, umumnya cukup mengenali Windows. Perisian yang digunakan lebih 80% pengguna komputer di seluruh dunia. Tahun ini, Microsoft telah melancarkan OS terbaru yang dikenali dengan nama Windows 10. Dengan pengenalan OS baru ini dijangka menarik kembali minat pengguna Windows 7 yang kecewa dengan Windows 8 untuk bertukar ke OS yang terkini tanpa perlu bimbang dengan cara menggunakannya. Windows 10 dapat digunakan pada skrin kecil seperti telefon pintar dan tablet hingga ke skrin bersaiz besar seperti komputer dan TV .

Platform
Ciri Lama berwajah baru
Microsoft mengembalikan butang Start lama tetapi diberi nafas baru dengan menggabungkan ciri-ciri yang ada pada Windows 7 dan Windows 8. Ini memberikan satu pengalaman baru tetapi selesa bagi pengguna lama Windows 7 dan peminat Windows 8.
startmenu
Lebih pantas dan efisien
Windows 10 dapat beroperasi dengan baik walaupun menggunakan komputer yang berspesifikasi rendah. Dengan prestasi yang jauh lebih baik berbanding Windows 7 dan Windows 8, ia menjadi  OS yang terbaik yang pernah  dihasilkan oleh Microsoft.

Windows 10 Apps
Aplikasi terbina dalam
Microsoft turut memasukkan ciri-ciri yang tersedia ada seperti Outlook untuk e-mel, Calendar untuk kalendar internet dan juga Maps untuk carian peta seluruh dunia. Perisian percuma juga terdapat di Windows Store yang mengandungi lebih 100,000 perisian merangkumi pelbagai kategori.


Cortana
Enjin carian terbaik
Enjin carian Bing yang lebih berkuasa disertakan bersama Cortana iaitu ciri baru di mana carian boleh dilakukan dengan hanya menggunakan suara. Hasil carian tidak terhad kepada kandungan komputer itu sendiri,tetapi menjangkau carian ke dunia internet tanpa sempadan.
Microsoft telah melancarkan Windows 10 pada bulan Julai tahun 2015. OS ini merupakan yang terbaik dari Microsoft dan Ia dapat dinaiktaraf sama ada dari Windows 7 atau Windows 8 secara percuma.

Semoga tips ini dapat membantu anda. 


Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Careline 013 531 6110


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari



Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)


- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG


- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 


- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL


-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan