Macbook Repair - Mecnote: PERBEZAAN VIRUS,WORM,& TROJAN

Cari Model Mac

Selasa, 23 Januari 2018

PERBEZAAN VIRUS,WORM,& TROJAN

Tak semua perisian berbahaya ni kita boleh panggil sebagai  virus komputer, diorang pon ada nama-nama tersendiri. Seperti virus,worm dan trojan, cara mereka membuatkan user sakit hati pon berbeza-beza. Seperti kata-kata Sun Tzu “to know your enemy, you must become your enemy”, jadi jom kita kenali apa perbezaan antara tiga perisian berbahaya ini.

Virus

virus
Virus ni sifat dia sama macam virus dalam tubuh badan mahkluk iaitu menjangkiti. Ia akan menjangkiti fail dengan cara yang licik. Apabila anda run atau buka aplikasi yang mempunyai virus, ia akan terus merebak masuk ke dalam laptop/komputer. Kebiasaanya, virus ni tadi akan terus berjangkit pada fail sistem .exe jadi apabila sistem run virus ini turut run sekali.
Selain fail .exe, terdapat sesetengah virus yang boleh menjangkiti fail lain seperti virus macro yang menjangkiti fail microsoft word dan excel. Virus tersebut akan tersebar apabila fail yang dijangkiti di kongsi pada komputer/laptop lain.
Selain itu,Virus juga berpotensi menjahanamkan sistem operasi apabila ia padam dan gantikan fail asal dengan dirinya.Ia juga boleh mengambil alih dan mengawal sistem memori dan akan mengakibatkan sistem operasi kerap hang dan berkelakuan pelik.

Worm

Image result for worm computer
Sifat worm adalah ia akan menyamar dan menyalinkan dirinya seperti fail yang ditiru.Worm juga tidak memerlukan host untuk menyebarkan dirinya seperti virus.
Kemudian,kerosakan yang dilakukan oleh worm adalah lebih kurang sama seperti virus tetapi lebih berbahaya.Ia  lebih berbahaya kerana dapat tersebar dengan lebih pantas memandangkan ia tidak memerlukan host.
Sebagai contoh, worm yang agak terkenal maydoom worm dapat menyalinkan dirinya didalam emel dan menghantar dirinya kesemua alamat emel yang berada didalam buku alamat. Terdapat juga worm yang boleh bergerak melalui talian dan menyerang sistem yang lemah dan tidak mempunyai dinding api (firewall) seperti Blaster dan Sasser worm.

Trojan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Admin boleh katakan trojan ni adalah yang paling berbahaya sekali. Nama trojan ini diinspirasikan dari kisah sejarah bangsa greek yang ingin menawan bandar troy yang didiami bangsa trojan dengan cara memberi “hadiah” kuda kayu gergasi kepada mereka. Sungguh tidak diduga, greek telah menyelinapkan askar mereka kedalam kuda gergasi tersebut dan pabila malam menjelang, keluarlah askar mereka untuk membuka pintu bandar troy dan semuanya tinggal kenangan.
Sama seperti kisah diatas,trojan ini tadi akan menyamar sebagai satu software atau tools yang berguna kepada mangsa tetapi malang tidak berbau sebenarnya ia membuka “backdoor” didalam sistem operasi dan boleh menyebabkan kerugian besar kepada mangsanya.
Trojan ini dapat mencuri identiti anda, apa yang anda taip didalam peranti yang ada trojan, ia dapat rekod kesemuanya seperti password dan username bank.Kebanyakan hacker menggunakan trojan untuk menyerang mangsa-mangsanya.
credit to touchmedia

Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Careline 013 531 6110


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari



Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)


- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG


- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 


- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL


-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan