Macbook Repair - Mecnote: Kepentingan Penggunaan Antivirus

Cari Model Mac

Jumaat, 12 Januari 2018

Kepentingan Penggunaan Antivirus

Kepentingan Penggunaan Antivirus

 

Terdapat banyak jenama antivirus di pasaran di serata dunia dan adakah pengguna tahu antivirus yang mana satu yang sesuai untuk pengguna dan persekitaran pengguna? Sebelum kita sebagai pengguna boleh memilih mana satu antivirus yang sesuai, kita perlu tahu apakah itu antivirus and kepentingannya kepada penguna dan persekitaran pengguna.
Antivirus boleh diibaratkan seperti pintu-pintu di luar rumah di mana ia melindungi rumah dan bilik-bilik di rumah daripada dicerobohi oleh penceroboh yang tidak diingini. Seperti mana pintu-pintu di rumah itu boleh diperbuat dari kayu, plastik atau besi mengikut tahap kepentingan kawasan di dalam rumah itu, begitu juga di mana antivirus boleh diolah mengikut kepentingan pengguna dan persekitaran pengguna.
Sesetengah pihak memandang bahawa produk antivirus ini tidak penting pada persekitaraan mereka kerana tiada sebarang kesulitan yang dihadapi semasa menggunakan produk antivirus. Tanggapan sebegitu selalu diberikan oleh pengguna persendirian yang mengguna komputer atau komputer riba di rumah yang kebarangan kalian untuk digodam oleh pengodam profesional kecil kerana pengodam profesional lebih berminat mencari mangsa-mangsa yang besar dan lebih mendatangkan keuntungan pada mereka.
Penggunaan produk antivirus pada badan-badan kerajaan dan insitutsi pendidikan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia amat penting kerana Universiti Kebangsaan Malaysia lebih digemari pengodam-pengodam professional. Segala maklumat-maklumat pelajar, data-data penting, perisian-perisian atau produk yang sedang dibangunkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi sasaran utama pengodam professional. Contohnya pada tahun 2014 Sony Pictures Entertainment telah dicerobohi pengodam dan telah mengakibatkan salah satu produksi Sony Pictures Entertainment iaitu “The Interview” telah dibocorkan kepada umum sebelum tarikh perlancarannya. Ini mengakibatkan kerugiaan berpuluhan juta dan segala usaha dalam menyiapkan produksi yang memakan masa yang lama sia-sia sahaja.
Terdapat banyak lagi kelebihan yang boleh disentuh untuk memahami kepentingan antivirus kepada pengguna dan persekitaran pengguna. Tetapi dua contoh kepentingan yang disentuh dalam perbincangan ini amat penting kerana segala usaha yang dilakukan boleh hilang dalam sekelip mata dan perjalanan kerja seharian boleh diganggu dan turut meyukarkan perhubungan. Walaupun antivirus ini nampak remeh tapi ia sangat penting kepada setiap penguna IT.


Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro




Tiada ulasan:

Catat Ulasan