Macbook Repair - Mecnote: Internal storage

Cari Model Mac

Sabtu, 20 Januari 2018

Internal storage

Biasanya pemacu cakera keras (hard disk drives) tradisional menawarkan kapasiti penyimpanan yang lebih besar. Contohnya 500 GB, 1 TB dan 2 TB.

Keburukannya, ia menambah berat dan ketebalan komputer riba sambil menjana haba dan bunyi yang bising.
Sebagai alternatif, pemacu keadaan pepejal (SSD – Solid State Drives) adalah lebih ringan, cepat, sejuk dan senyap daripada cakera keras biasa.
Masalahnya, SSD masih terlalu mahal per GB, jadi biasanya ia kurang menyediakan ruang simpanan.
Berita baiknya, sesetengah komputer riba mempunyai pemacu hibrid (hybrid drive).
Ia adalah gabungan cakera keras (hard drive) dengan cakera keadaan pepejal (SSD) untuk manfaat kedua-duanya.
Pemacu cakera keras (hard disk drives) mekanikal tradisional adalah jenis yang paling biasa digunakan.
Ia menawarkan kapasiti yang besar dan agak murah. Ia didatangkan dalam dua kelajuan standard:
  • cakera keras yang mempunyai 5400 rpm adalah memadai untuk melayari Web, e-mel dan penciptaan dokumen.
  • cakera keras yang mempunyai 7200 rpm memindahkan data dengan lebih cepat dan boleh dipertimbangkan jika anda kerap bekerja dengan fail-fail yang besar.


panduan membeli laptop baru

Pemacu keadaan pepejal, juga dikenali sebagai SSD adalah lebih cepat daripada pemacu cakera keras (hard disk drives).
Tetapi biasanya menawarkan kapasiti yang jauh lebih rendah.
SSD juga menawarkan kelebihan dari segi:
  • saiz
  • berat
  • kuasa kecekapan fizikal
  • kurang penghasilan haba
  • sangat senyap menjadikan ia pilihan yang sesuai untuk komputer riba ultraslim dan ultralightweight.
Tidak seperti cakera keras, SSD tidak mempunyai bahagian yang bergerak untuk haus (wear out). Sesetengah laptop menggunakan SSD untuk semua simpanan.
Lain-lain laptop mendedikasikan SSD yang lebih kecil untuk menempatkan sistem operasi dan aplikasi (membolehkan lebih cepat start-up) dan menambah cakera keras tradisional untuk penyimpanan data umum.
panduan membeli laptop baru

Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Careline 013 531 6110


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari




Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)


- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG


- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 


- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL


-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan