Macbook Repair - Mecnote: Hati-Hati Ketika Membeli IPhone Terpakai, Ini Sebabnya

Cari Model Mac

Isnin, 8 Januari 2018

Hati-Hati Ketika Membeli IPhone Terpakai, Ini Sebabnya

Image result for iphone x

Berhati-hati Membeli iPhone 7 atau 7Plus 8/8 Plus atau X terpakai. Sejak akhir-akhir ini ramai pengguna tertipu dengan membeli iPhone terpakai yang asalnya dari syarikat telekomunikasi.
Walaupun ia merupakan set Malaysia (MY SET) , namun kes ini terjadi apabila anda membeli iPhone terpakai di kedai telefon biasa, kawan atau orang luar.
Saya mengakui bahawa amat sukar sekali untuk anda mengenalpasti iPhone tersebut sama ada dari wakil penjual sah Apple (Machine, Switch, IT World) atau dari syarikat telekomunikasi Malaysia.
Secara zahirnya ia sama sahaja. Tiada langsung membeza antara iPhone yang dibeli dari wakil sah Apple atau syarikat telekomunikasi.
Akibat dari kelemahan inilah, ramai penjual mengambil kesempatan dengan menjual iPhone ‘panas’ ini.
Modus operandi mereka cukup mudah . Iaitu menggunakan kad pengenalan orang lain atau membayar wang kepada ‘keldai’ untuk melanggan pakej zerolution (Maxis dan sudahpun ditamatkan namun masih ada yang menjualnya berdasarkan pelan ini) atau Newphone dari Celcom.
Setelah membeli iPhone dengan bayaran permulaan kurang RM300 dari syarikat telekomunikasi dan upah sekitar RM500 kepada ‘keldai’.
Penjual tersebut terus menjual iPhone tersebut kepada kedai atau orang kedua iaitu anda dengan harga yang rendah dari pasaran.
Secara kebiasaan untuk tempoh 5 bulan kebawah, besar kemungkinan anda masih boleh menggunakan iPhone ini.
Namun, selepas 6 bulan iPhone anda akan mengalami sekatan selular yang mengakibatkan anda tidak boleh menggunakan iPhone tersebut.
Anda mungkin beranggapan bahawa ia disebabkan oleh masalah iPhone. Namun, hakikatnya pihak telekomunikasi telah menyekat iPhone anda memandangkan penjual sebelum ini tidak membayar bil bulanan.
Kes ini hakikatnya telah berleluasa dan sudah menjadi trend di kalangan penipu.


Image result for iphone x


Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini saya mencadangkan satu mekanisme untuk memastikan anda tidak ditipu semasa membeli iPhone terpakai.
Bagi pengguna yang ingin membeli iPhone terpakai. Sebelum membeli anda dapatkan nombor imei iPhone tersebut dan terus memasukkan ke pautan https://imei24.com/check/iphone_lock_checker/
Sekiranya maklumat tersebut tertulis Celcom, Maxis, Digi atau U Mobile anda sama sekali tidak digalakkan untuk membeli iPhone tersebut.
Namun, jika ia tertulis Machine Malaysia, Switch atau wakil penjual sah yang lain. Anda boleh membelinya.
Walau bagaimanapun, saya tidak boleh mengesahkan maklumat tersebut benar-benar tepat. Dan saya juga tidak bertanggungjawab berhubung tahap keselamatan web tersebut.
Namun, itu sahaja cara yang boleh anda lakukan. Kecuali anda bawa iPhone tersebut ke wakil penjual sah Apple untuk semakan.
Saya tidak pasti sama ada perkhidmatan tersebut berbayar atau percuma.
Bagi laman web di atas anda mungkin mendapat beberapa informasi yg tidak tepat. Namun, bagi status pemilik asal iPhone ia mungkin tepat.
Saya telah menguji di beberapa buah iPhone dah keputusan agak positif.
Cuma jika anda benar-benar mahukan yang tepat, boleh terus bawa iPhone ke wakil penjual sah Apple untuk semakan.

credit to theskop

Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL


-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS




Tiada ulasan:

Catat Ulasan