Macbook Repair - Mecnote: Cara nak Buat Data Recovery

Cari Model Mac

Jumaat, 19 Januari 2018

Cara nak Buat Data Recovery

Data hilang dalam pendrive? SD card kena virus? gambar dan video di external/portable hard disk tak boleh buka?
Macam mana ni? Masih ada harapan ke nak kembalikan dokumen, lagu, gambar dan video kalau dah hilang?
Jawapan singkatnya memang boleh.
Ada banyak perisian atau software di Internet yang kita boleh gunakan. Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Jadi nak gunakan yang mana satu?
Saya akan tunjukkan cara recover data anda dengan menggunakan perisian percuma. Cara yang saya tunjukkan ni memang cara yang paling malas dan cepat.
Saya dah banyak kali gunakan software ni untuk mengembalikan data-data yang hilang dah hasilnya memang tidak mengecewakan saya.
Software ni boleh digunakan untuk recover data pada pendrive, SD card atau external/portable hard disk. Anda sebut saja. Semua boleh.
Saya tak nak buang masa anda lama-lama…
Mari kita mulakan…
Buka pelayar Internet anda dan pergi ke laman web rasmi Piriform. Kemudian muat turun perisian yang bernama Recuva seperti gambar yang ditunjukkan di bawah.
Pilih Recuva – Portable supaya kita tak perlu nak install di komputer kita.

Tunggu sehingga download selesai. Tak lama pun dalam beberapa saat saja.

Lepas dah siap download, periksa software ni di bahagian Downloads kemudian ekstrak rcsetup153 dengan menggunakan 7-ZipWinZip atau WinRaR.
Saya biasanya gunakan 7-Zip kerana program ni lebih ringan berbanding dengan WinZip dan WinRaR.


Jangan lupa untuk menyambung pendrive, SD card atau external/portable hard drive anda yang bermasalah tu.
Klik butang OK kalau paparan seperti di bawah muncul.

Lepas dah siap ekstrak, klik dua kali (double click) folder rcsetup153. Kalau anda lihat gambar di bawah, ada dua nama yang hampir sama iaitu recuva dan recuva64.
Kalau anda gunakan sistem operasi 32-bit pilih recuva sahaja manakala jika sistem operasi anda 64-bit anda kena pilih recuva64.
Dalam contoh di bawah ni saya gunakan sistem operasi 32-bit jadi kena pilih recuva sahaja. Klik kanan kemudian pilih Run as administrator.
Satu tetingkap kecil akan muncul dan anda hanya perlu menekan butang Yes.

Paparan di bawah akan muncul. Klik butang Next.

Tak kisahlah apa jenis fail yang anda nak recover tu pilih saja All Files supaya anda tak pening-pening kepala nak pilih yang mana satu. Kemudian klik butang Next.

Pilih pilihan On my media card or iPod jika anda nak recover data daripada pendrive, external/portable hard disk atau SD card.
Lepas tu klik butang Next.

Pilih atau tick Enable Deep Scan. Proses data recovery melalui Enable Deep Scanmemang lama tapi kelebihannya banyak data anda dapat dikembalikan.
Klik butang Start untuk memulakan proses data recovery.


Bergantung kepada kapasiti media yang anda gunakan, proses scanning boleh memakan masa sekitar 2-3 jam (atau lebih… sempat lagi nak tidur sejam dua ni…)

Setelah scanning selesai anda akan dapat melihat fail-fail anda buat kali pertama di sini. Klik butang Switch to advanced mode.

Agar proses mengembalikan data anda lebih teratur, klik butang Options… , tekan tab Actions, pilih Restore folder structure kemudian klik butang OK.


Anda boleh pilih sama ada nak recover semua atau sebahagian sahaja data tu. Pastikan hanya data yang berwarna hijau saja dipilih.
Data-data yang berwarna kuning dan merah biasanya dah tak boleh recover. Senang cakap data-data ni dah rosak teruk. Lepas dah siap pilih, klik butang Recover…


Pilih lokasi data yang hendak dipindahkan. Dalam contoh di bawah saya memilih Desktop supaya senang saya nak cari nanti. Lepas tu klik butang OK.


Bergantung pada berapa banyak fail yang anda pilih tadi proses ni akan mengambil sedikit masa. Lepas dah selesai tetingkap ni akan muncul. Klik saja butang OK.


Sekarang cuba anda lihat semula data anda di desktop. Pastikan data yang telah dipulihkan boleh di buka tanpa sebarang masalah.


Bagaimana? Mudah kan…
Saya yakin kalau anda ikut langkah demi langkah di atas anda akan berjaya mengembalikan data-data anda yang hilang tu.
Semoga berjaya.


Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Hotline 03-4010 3014


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)


- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG


- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 


- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL


-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan