Macbook Repair - Mecnote: Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kelemahan Sekuriti Cip Pemprosesan Intel, AMD Dan ARM

Cari Model Mac

Selasa, 16 Januari 2018

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kelemahan Sekuriti Cip Pemprosesan Intel, AMD Dan ARM

Beberapa hari lepas telah dilaporkan bahawa pemproses dariIntel, AMD dan juga ARM menghadapi kerentanan sekuriti.
Pihak penyelidik telah mengenalpasti kelemahan sekuriti itu berpotensi digunakan oleh pengodam untuk membuat akses keatas storan peribadi pada komputer serta rangkaian.
Difahamkan buat masa sekarang masih belum ada lagi kebocoran data dilaporkan. Menurut penyelidik, kelemahan sekuriti itu terbahagi kepada dua jenis pepijat yang dinamai sebagai Meltdown dan Spectre.
  • Meltdown – Menjejaskan komputer, komputer riba dan pelayan internet yang menggunakan cip Intel.
  • Spectre – Dikatakan menjejaskan lebih banyak peranti, seperti telefon pintar, tablet, dan komputer yang menggunapakai cip Intel, ARM dan AMD.
Penganalisis dari International Data Corporation (IDC), Bryan Ma menyatakan pusat data dan peranti yang mempunyai sambungan dengan perkhidmatan storan awan turut mempunyai risiko kerentanan tersebut.
Apa lagi yang perlu anda tahu?
Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Pusat Sekuriti Siber Kebanggsaan UK, tiada bukti kerentanan tersebut telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab. Walaubagaimanapun, permasalahan ini sudahpun diketahui umum, dan semua pihak terlibat harus mengambil langkah berjaga-jaga.
Memetik laporan dari BBC, difahamkan bahawa pihak yang terlibat dengan industri teknologi sudah mengetahui tentang perkara ini sekurang-kurangnya enam bulan yang lepas tetapi mereka telah menandatangani perjanjian untuk tidak mendedahkan perkara tersebut. Perancangannya adalah untuk menyelesaikan masalah itu secara tanpa mendedahkannya kepada umum.
Apa informasi yang berisiko?
Melalui kerentanan yang disebutkan diatas, pengodamberpotensi membaca maklumat peribadi yang disimpan dalan komputer seperti kata laluan, dan juga data kad kredit.
Bagaimana cara untuk melindungi komputer anda dari masalah ini?
Pengeluar peranti dan pembangun sistem seperti Google, Microsoft, Apple dan Linux sudah mula menawarkan kemaskini untuk membaiki masalah tersebut dan pengguna disarankan supaya terus memasangnya untuk melindungi peranti mereka.

Apple memberitahu bahawa semua model Macs, iPhones, dan iPads terkesan dengan kerentanan Meltdown. Mac yang menjalankan MacOS versi 10.13.2 dan iPhone serta iPad dengan iOS 11.2 dikelaskan sebagai selamat.
Adakah kemaskini itu akan menyebabkan peranti menjadi perlahan?
Terdapat penyelidik mendakwa kemaskini baik pulih itu akan menyebabkan komputer menjadi perlahan, penurunan lebih kurang 30% dari prestasi asal tetapi Intel menyatakan perkara itu hanya diperbesarkan. Menurut Intel, impak yang akan dihadapi pengguna tidak seperti dakwaan yang dibuat.
Sumber: BBC wiser.my
Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Hotline 03-4010 3014


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)


- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG


- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 


- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL


-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan