Macbook Repair - Mecnote: 8 SEBAB KENAPA LAPTOP ANDA SLOW

Cari Model Mac

Sabtu, 6 Januari 2018

8 SEBAB KENAPA LAPTOP ANDA SLOW

Windows atau operating system (OS) merupakan 'jantung' laptop. Kalau laptop canggih, spesifikasi tinggi tapi tak ada Windows, macam mana nak guna laptop tu. Betul tak?
Semua orang yang ada laptop termasuk saya, ada 1 perkara paling utama, paling penting yang kita semua nak sangat bila guna laptop.
Apa benda yang penting sangat tu?
                                        Laptop mesti LAJU!
Tapi masa anda nak guna laptop untuk buat kerja , masa itu lah masalah nak datang.
Perkara yang buatkan semua orang bengang = laptop slow, nak masuk desktop pun lembap, nak buka software@program ambil masa lama, tak macam masa mula-mula beli dulu.
Laptop slow boleh menyebabkan macam-macam masalah timbul. Masa tengah guna laptop tiba-tiba 'hang’ atau 'freeze’, langsung tak bergerak, nak tekan apa-apa pun tidak boleh.
Anda terpaksa tutup laptop dengan tekan butang off (hold 2-5 saat).
Bayangkan, anda tengah bawak kereta 80km/j tiba-tiba anda tutup enjin. Anda rasa apa akan jadi kat kereta anda?
Macam tu jugak bila anda off laptop secara paksa. Lama-lama laptop boleh rosak. Mungkin pada hardware atau software. (Anda tengok point no 1)
Ada sebab kenapa laptop boleh jadi slow. Mungkin laptop anda jadi slow disebabkan masalah-masalah kat bawah ni.
Nak tahu? Teruskan baca sampai habis.
1. Hard Disk bermasalah/rosak
Hard disk laptop bermasalah adalah salah satu punca laptop slow.
Sebab apa?
Hard disk tempat kita simpan semua data, fail, gambar, video, semua hasil kerja termasuk Windows yang kita install.
Hard disk (HDD) ni macam CD. Kalau permukaan CD calar, ada sesetengah data tak boleh nak akses (buka).
Kalau hard disk​ ada bad sector atau 'bercalar', ada kemungkinan data tak boleh nak akses@hilang. Kalau fail Windows tak boleh nak akses/susah nak akses sebab ada bad sector, laptop boleh jadi slow.
Sebab fail Windows dah kena kacau.
Macam mana hard disk boleh bermasalah?
Ada 2 sebab.
1. Macam yang saya terangkan kat atas, laptop anda tengah hang atau freeze, nak tekan apa-apa pun tak boleh. Anda pun tekan butang off. Anda off laptop secara paksa.
Masa tu hard disk tengah berpusing laju (macam CD), bila anda laptop off secara tiba-tiba, hard disk akan berhenti pusing secara mengejut.
Tu yang hard disk boleh rosak. Macam situasi kereta yang saya cerita kat atas.
2. Laptop terjatuh.
Hard disk memang sensitif. Kalau laptop terjatuh @ terhentak, hard disk boleh rosak/bermasalah sebab komponen dalam hard disk mungkin dah bengkok atau 'calar'.
Pastikan anda tak buat 2 benda ni untuk elakkan hard disk anda dari rosak. Kalau tak, kena tukar hard disk baru.
Tak guna anda format laptop tapi 'kesihatan' hard disk bawah 100%.Sebab ada kemungkinan Windows/laptop masih slow disebabkan hard disk problem.
2. Browser Add-On
Banyak sangat Browser add-on tak elok sebenarnya. Sebab ada sebahagian add-on boleh memudaratkan performance laptop, tapi bukan semua.
Apa yang anda boleh lakukan adalah delete add-on yang tak berguna dari browser anda. Download aplikasi dari website yang dipercayai. Baca agreement sebelum download atau sebelum install sebarang aplikasi.
3. Buka banyak aplikasi dalam satu masa
Buka terlalu banyak aplikasi dalam satu masa boleh menyebabkam laptop anda lambat. Contohnya buka photoshop, youtube, game dalam masa yang sama.
Keupayaan laptop untuk buat kerja multitasking bergantung pada saiz RAM. Kalau RAM laptop anda rendah, elakkan dari buka terlalu banyak aplikasi serentak.
4. Buka terlalu banyak tab browser
Suka buka tab browser dengan banyak pun tak elok sebenarnya. Kerana setiap tab yang dibuka akan ‘memakan’ kuasa dari processor dan juga RAM.
Sebab itu saya ada terangkan untuk kerja-kerja multitasking perlu lebih RAM. Padam open tab yang tidak digunakan untuk mengurangkan ‘stress’ pada laptop anda.
5. Guna program yang memerlukan spesifikasi laptop yang tinggi.
Anda guna aplikasi@software yang memerlukan requirement yang tinggi tapi laptop anda tidak mampu untuk menyokong supaya aplikasi tersebut dapat berjalan dengan lancar tanpa ada masalah.
Jangan menggunakan perisian ataupun program diluar kemampuan laptop.
6. Virus
Virus, spyware, dan malware ni boleh slow down kan laptop dan mengurangkan performance.
Kacau windows registry, keluar iklan pop-up masa tengah surf internet dan paling bahaya kalau data peribadi kene hijack. Macam-macam boleh jadi.
Apa yang patut anda lakukan ialah install antivirus dan scan setiap pendrive yang dicucuk ke usb port laptop.
7. Startup program
Startup program merupakan program yang berjalan secara automatik apabila operating system berjalan (Windows).
Masalahnya banyak program, virus, hijacker, spyware, dan malware telah di set untuk run secara automatik bila Windows start.
Disebabkan ini laptop anda startup dengan perlahan (ambil masa lama untuk masuk dalam desktop) bergantung berapa banyak aplikasi startup.
8. RAM
RAM juga memainkan peranan penting, kerana kebanyakan aplikasi sekarang memerlukan RAM yang besar supaya aplikasi tersebut dapat berfungsi dengan baik.
Contoh aplikasi photoshop, video, muzik editing, animasi 3D dan lain-lain.
Sebab itu anda perlu baca requirement aplikasi tersebut supaya masalah macam ini tidak terjadi pada anda.
Kalau RAM laptop anda 2GB dan ke bawah, saya sarankan anda tambah atau upgrade ke 4GB. Supaya mudah anda nak buat kerja multitasking.
Laptop pun tak slow.
Dari 8 punca kat atas ini, apa yang sebabkan laptop anda slow? Dah tahu?
credit to frlaptopservice

Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan