Macbook Repair - Mecnote: Troubleshoot Masalah Wireless Connection

Cari Model Mac

Sabtu, 9 Disember 2017

Troubleshoot Masalah Wireless Connection

Image result for CONNECTION WIFI
Masalah Wi-Fi tak boleh connect, icon Wi-Fi gambar “X”, kalau boleh connect dengan internet pun keluar “Limited / No Connectivity. Situasi ni boleh buat orang stress.
Masalah macam ni boleh mengganggu produktiviti anda, Nak  mencari informasi nak kene surfing internet tak boleh.

Apa yang boleh anda lakukan sekiranya perkara ini berlaku?

Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk troubleshoot masalah seperti ini. Diantaranya :-
Pertama sekali yang boleh anda lakukan adalah reset atau matikan dahulu modem internet anda selama 60 saat lepas tu on balik modem bagi mereka yang mereka yang menggunakan streamy, unifi dan sebagainya.

Kedua anda boleh cuba untuk forget Wireless network anda dan connect balik ke Wireless network tersebut. Caranya Mudah Sahaja right klik pada icon wireless anda dan pilih open network and sharing center > pilih wireless networks dibahagian kiri paparan skrin anda > Dalam Bahagian ni anda pilih wireless network mana yang anda gunakan  dan klik remove > Tutup dan klik balik pada icon Wi-Fi anda dan pilih wireless network anda dan masukkan balik password.

Ketiga anda boleh menggunakan command prompt. Caranya pergi ke startup menu dan dibahagian search anda taip command prompt > Dalam command prompt anda boleh taip ipconfig/renew (tekan enter) > taip exit (tekan enter).

Keempat Ada kemungkinan Driver wireless laptop anda bermasalah atau hilang. Apa yang anda boleh lakukan. Guna dulu mana-mana laptop atau pc yang ada sambungan internet. Dalam search box google tu anda taip jenama dan model laptop anda contohnya (download driver acer aspire ####). Tekan pada link website acer dan cari dan download driver wireless network laptop tersebut, dan copy pada pendrive dan install pada laptop anda (pastikan anda download khas untuk windows yang anda gunakan win7/8/10).

Kelima anda boleh cuba format balik laptop anda. Dengan install operating system yang baru dan install balik semua driver yang diperlukan. kalau ada backup data baik anda backup dahulu fail-fail yang penting dekat external hardisk atau pendrive.

Keenam kalau icon wireless anda gambar “X” anda kemungkinan anda ter toggle off wi-fi anda. Cuba carik logo wireless pada keyboard anda ataupun ada suis on/off wireless pada bahagian sisi laptop anda. anda boleh cuba cari driver wireless dari internet ikut cara diatas tu. Kalau ada dah cuba ni semua maknanya wireless card anda dah rosak

Cara terakhir kalau wireless card rosak anda perlu tukar wireless card tersebut dengan yang baru. Kos agak tinggi tapi kalau anda nak jimat boleh gunakan tp-link. Fungsi tp-link ni sama je macam wireless laptop cuma anda perlu sambungkan pada slot usb kalau nak connect internet.

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan