Macbook Repair - Mecnote: TIPS UMUM MENJAGA LAPTOP ANDA

Cari Model Mac

Khamis, 28 Disember 2017

TIPS UMUM MENJAGA LAPTOP ANDA


1. Pastikan ianya cukup sejuk
Laptop menjana banyak haba terutamanya jika anda menggnakan perisian terkini. Terlalu panas, anda berisiko merosakkan motherboard anda.
Pastikan laptop anda mempunyai ruang pengudaraan yang baik, dan pastikan anda tidak menghalang aliran angin dari kipas laptop kerana ianya satu satunya ruang udara yang ada!
Pastikan anda menghantar laptop anda kepada pakar untuk servis kipas laptop anda untuk mencuci habuk bila:
  1. Laptop anda panas di bahagian kipas.
  2. Setiap 6 bulan sekali.
Ini adalah masalah kritikal yang semua pengguna laptop tidak ketahui sehinggalah laptop mereka rosak. Selepas beberapa lama laptop anda pasti akan memerangkap habuk di kipas processor.
Ini menyebabkan sistem pengudaraan yang tidak baik lalu laptop akan terlebih panas dan merosakkan komponen komponen seperti motherboard dan processor laptop.
2. Berhati – hati dengan skrin LCD anda
Elakkan dari bermain atau menyentuh dengan LCD skrin anda. LCD anda boleh rosak menjadi garisan – garisan, keputihan, gelap tiada lampu, bergegar – gegar, menjadi TV rosak, berwarna hijau, kuning atau merah.
Untuk mengelakkan pecah atau retak, pastikan anda tidak meletakkan objek di atas laptop.
3. Jangan jatuhkan laptop anda!
Kadang kadang kita tidak boleh mengelak dari perkara yang tidak diingini tetapi kita boleh kurangkan kesannya. Sentiasa gunakan beg laptop yang berkualiti ( walaupun berat). Elakkan dari menggunakan beg laptop yang cantik di luar tapi tidak melindungi!
Jangan bawa laptop anda merata rata tanpa menyimpannya di dalam beg dahulu, jadikannya amalan!
Jangan letakkannya di tepi tepi meja atau tempat tempat yang tidak stabil. Jika terjatuh, anda boleh memecahkan LCD skrin, hinge, cover, frame dan hard disk.
4. Papan kekunci
Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya  untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
5. Jangan letak minuman berhampiran
Jika anda perlu minum ketika anda menggunakan laptop, pastikan anda tidak menumpahkannya!
Beberapa titis minuman anda jika tumpah ke laptop boleh membuatkan anda kerugian besar. Keyboard, motherboard dan hard disk anda antara yang berisiko untuk rosak.
Anda pasti tidak mahu membelanjakan beratus ratus ringgit angkara beberapa titis air bukan?
6. Katakan tidak kepada Virus!
Pengguna laptop yang bijak pasti mempunyai anti virus yang terbaik.
Pastikan anda membeli antivirus yang berkualiti dan elakkan dari menggunakan antivirus yang percuma. Ini adalah kerana antivirus percuma tidak mempunyai semua ciri keselamatan yang premium seperti antivirus yang berbayar. Kaspersky Internet Security, Avast Internet Security, Bitdefender adalah antara antivirus yang terbaik dalam pasaran.
Pastikan juga anda update definisi antivirus anda. Jika tidak, ianya tidak berguna dan laptop anda akan terdedah dengan beribu ribu virus baru yang berbahaya.
Kebanyakan antivirus sekarang auto update supaya anda tidak pening untuk memikirkannya.
Dan jangan sekali kali install lebih dari satu antivirus dalam sebuah laptop.

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.



Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan