Macbook Repair - Mecnote: Tips penjagaan bateri MacBook

Cari Model Mac

Jumaat, 29 Disember 2017

Tips penjagaan bateri MacBook

Setiap bateri MacBook pada dasarnya apabila telah sampai tempoh had jangka hayatnya, bateri tersebut perlulah diganti. Adalah menjadi lumrah bagi setiap perkakasan pasti ada tempoh hadnya. Walaubagaimanapun, kebanyakan pengguna MacBook menghadapi masalah di mana mereka terpaksa menggantikan bateri MacBook tersebut lebih awal dari tempoh yang sepatutnya.
Akibat daripada bateri yang tidak diganti sehingga menyebabkan trackpad Macbook Pro ini pecah.
Ketahanan bateri MacBook sebenarnya dibantu oleh sistem pengecasan bijak yang dibangunkan Apple yang dikenali sebagai adaptive charging (pengecas mudah suai). Setiap bateri MacBook mengandungi cip pemprosesan yang membolehkan setiap sel bateri berkomunikasi antara satu sama lain yang kemudiannya  akan menghantar isyarat kepada sistem tentang keadaan bateri tersebut. Data daripada komunikasi antara bateri akan memberikan pula isyarat ke sistem yang membolehkan kuasa masukan bagi pengecasan setiap sel bateri MacBook diselaraskan.
Kemudian apabila bateri tersebut sudah penuh dicas, sistem adaptive charging tadi secara automatik akan memberhentikan proses mengecas bateri tersebut. Sistem pengecasan mudah suai inilah yang membantu bateri MacBook anda bertahan dengan lebih lama.
Sistem adaptive charging bateri MacBook telah diterangkan oleh Apple Inc. di Keynote Macworld San Francisco 2009.
Namun begitu, ada di antara pemilik MacBook yang terpaksa menggantikan baterinya selepas hanya baru 3 tahun sahaja penggunaan MacBook tersebut. Walhal Apple telah menyatakan, bateri MacBook mampu bertahan sehingga 3 kali ganda tempoh jangka hayatnya berbanding daripada bateri biasa. Ini bermakna sepatutnya bateri MacBook tersebut mampu bertahan sehingga 5 tahun atau kitaran pengecasan maksimum sehingga 1000 kali.
Jadi, di manakah silapnya di sini?
macOS tidak kemaskini
Apple sebenarnya ada memberikan informasi sebagai garis panduan tentang cara untuk anda memaksimumkan tempoh masa dan jangka hayat bateri untuk setiap produk-produk mereka. Antara garis panduan tersebut adalah pastikan anda sentiasa mengemaskini sistem macOS MacBook tersebut. Setiap kemaskini terutamanya yang melibatkan firmware akan memastikan sistem beroperasi dengan stabil bersama sesebuah perkakasan yang ada pada Mac.
Membiarkan MacBook ditempat panas
Tips penjagaan bateri MacBook
Suhu terbaik bagi mengoperasikan MacBook adalah antara 50° ke 95° F (10° ke 35° C) suhu ambien. Manakala suhu storan pula adalah pada -4° ke 113° F (-20° ke 45° C).
Selain itu, antara tabiat pengguna yang biasa diketahui adalah membiarkan MacBook di tempat yang panas seperti di dalam ruang belakang kereta. Apple menyatakan, menyimpan perkakasan yang mengandungi bateri di tempat yang panas akan merosakkan kondisi bateri tersebut. Jadi elakkan daripada menyimpan atau membiarkan MacBook atau sebarang peranti Apple di tempat yang bersuhu tinggi.
MacBook terus dicas walau tidak dihidupkan
Ini pun lagi satu tabiat jugak. Kebanyakan dari pengguna suka membiarkan MacBook mereka terus dicas walaupun MacBook tersebut sudah dimatikan. Tabiat ini sebenarnya hanya akan memendekkan lagi jangka hayat bateri MacBook anda. Ini kerana keadaan tersebut membolehkan berlakunya situasi yang tanpa anda sedari yang dikenali sebagai trickle charging. Bolehlah diumpamakan sepertimana paip air yang bocor. Keadaan ini akan menyebabkan boot preference rosak atau bateri  MacBook anda jadi bengong sekejap.
Image result for macbook charging
Jangan biarkan MacBook anda terus dicas ketika ia dimatikan dalam keadaan bateri yang sudah penuh.
Kuasa elektrik yang tidak stabil
Sama ada anda sedar atau tidak, mana-mana plag yang anda gunakan seperti di kedai makan, pejabat malah mahu pun di rumah, sebenarnya kuasa elektrik dari plag-plag tersebut adalah berbeza. Kadang-kadang stabil, tinggi dan juga rendah. Ini yang menyebabkan antara punca berlakunya kebocoran arus yang menyebabkan anda akan terasa getaran arus elektrik apabila menyentuh MacBook anda. Jadi disarankan supaya anda gunalah penyambung wayar yang berkualiti ataupun sebaiknya gunakan alat pengatur voltan.
Tips penjagaan bateri MacBook
Pengatur voltan akan memastikan arus eletrik sentiasa stabil seterusnya dapat mengelakkan perkakasan komputer anda daripada mudah rosak.
Gunakan pengecas MacBook yang original
Dipendekkan cerita, anda tidak digalakkan atau seboleh-bolehnya elakkan daripada menggunakan pengecas MacBook daripada pihak ketiga atau yang palsuGunalah yang original. Biar mahal sedikit tetapi kualiti dan keselamatan anda serta MacBook yang digunakan terjamin.
Nyah cas bateri MacBook anda sebulan sekali
Untuk pengetahuan anda, setiap kali bateri MacBook dicas penuh 100%, barulah ia dikira sebagai 1 kitaran. Jadi, sekiranya anda ingin memanjangkan jangka hayat bateri MacBook anda, rajin-rajinkan diri untuk nyah cas bateri MacBook tersebut sebulan sekali (ikut kerajinan). Maksudnya sekali dalam tempoh sebulan itu, gunakan MacBook anda hanya dari kuasa baterinya sahaja (MacBook tidak disambungkan ke plag). Gunakan MacBook dari kuasa baterinya sahaja sehinggalah MacBook anda terpadam dengan sendirinya.
Tips penjagaan bateri MacBook
Nyah cas sebulan sekali boleh memanjangkan jangka hayat bateri MacBook anda.
Akhir sekali adalah berkaitan persoalan yang biasa ditanya oleh pengguna MacBook. Patutkah dicabut pengecas dari MacBook atau dibiarkan sahaja ketika menggunakannya?
Jenis bateri yang digunakan oleh Apple di dalam MacBook adalah jenis Lithium ion atau singkatannya Li-ion. Li-ion sepatutnya beroperasi dengan selamat dan baik selagi ia mendapat kuasa pengecasan dengan voltan yang sepatutnya untuk bateri tersebut.
Oleh itu, seperti yang dibincangkan lebih awal tadi, sebaiknya gunakanlah alat seperti alat pengatur voltan supaya kuasa elektrik yang diterima MacBook adalah mengikut had kuasa voltan seperti yang sepatutnya. MacBook terbaru sekarang semuanya mempunyai sistem pengecas yang canggih. Pada keadaan yang biasa anda gunakan MacBook, anda sebenarnya tidak perlu pun mencabut pengecas dari MacBook ketika anda sedang menggunakannya.
Kesimpulan
Kuasa dan jangka hayat bateri Apple MacBook sememangnya dapat digunakan dengan lebih lama sekiranya anda menjaga MacBook anda dengan baik. Jadi elakkan lah daripada membiarkan MacBook yang dimatikan terus dicas walaupun baterinya ketika itu sudah penuh. Jangan disimpan dan dibiarkan MacBook anda di tempat yang bersuhu tinggi kerana ia merupakan situasi yang merbahaya untuk MacBook dan anda sendiri.
Juga gunakanlah alat pengatur voltan untuk MacBook tersebut supaya dengan kuasa voltan yang stabil ia dapat mengelakkan berlakunya kerosakan teknikal terhadap MacBook yang mungkin anda tidak sedari. Diharapkan dengan sedikit informasi dan tips ini ia bermanfaat untuk para pengguna MacBook semua.
credit to ariffmac.com
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.



Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan