Macbook Repair - Mecnote: TIPS MENJAGA LAPTOP

Cari Model Mac

Jumaat, 29 Disember 2017

TIPS MENJAGA LAPTOP

TIPS MENJAGA LAPTOP

 

Tips-tips ini mungkin boleh membantu anda untuk memanjangkan jangka hayat laptop anda dengan mengamalkan kaedah penggunaan yang betul.
Papan Kekunci dan Pad Sesentuh
Papan kekunci dan pad sesentuh mungkin adalah dua perkakasan yang paling kerap digunakan pada sesebuah laptop. Macam-macam benda kita buat dengan menggunakan dua peranti ini seperti menaip, melayari internet, bermain game dan sebagainya.
Jika kita selalu menggunakan dua perkakasan ini, kemungkinan besar kedua-duanya akan menjadi lebih cepat lusuh dan mungkin juga akan rosak.
Jika pada papan kekunci, huruf cetakan padanya mungkin akan lusuh disebabkan oleh penggunaan yang kerap jika tidak dilindungi dengan plastic khas. Lagi parah jika anda seorang yang gemar bermain permainan video di laptop. Biasanya permainan pada laptop menggunakan kekunci tertentu sahaja pada papan kekunci seperti kekunci W,A,S dan D misalnya. Dan biasanya juga, kekunci-kekunci tersebut akan ditekan dengan agak kuat dan pada tempoh masa yang lebih lama berbanding kekunci lain. Cara penggunaan ini akan mempercepatkan lagi tahap kehausan kekunci tersebut berbanding yang lain.
Jadi, Kak Mona ingin syorkan kepada pembaca semua untuk dapatkan papan kekunci dan tetikus khas jika mahu betul-betul menjaga laptop anda untuk jangka masa yang panjang. Kak Mona sarankan untuk hanya guna papan kekunci dan tetikus yang terbina dalam ketika berada pada tempat yang sementara sahaja seperti di kafe.
Jaga Suhu Laptop
Sesuatu komputer akan menghasilkan haba yang banyak, terutama sekali jika ianya digunakan untuk tujuan yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi seperti video editing dan bermain permainan video. Sebab itulah aspek penjagaan suhu laptop ini sangat penting untuk dititik beratkan kerana laptop tidak mempunyai pengudaraan sebaik komputer meja yang mempunyai ruang aliran udara yang jauh lebih baik.
Satu tips yang boleh pembaca amalkan selalu ialah untuk sentiasa menggunakan laptop di permukaan rata dan keras seperti meja. Ini bagi memastikan pengudaraan dalaman laptop itu adalah berfungsi dan kipas penyejuknya tidak terhalang oleh sesuatu.
Pembaca juga boleh menggunakan perisian seperti Speccy atau WhySoSlow yang akan mengesan sistem anda sekiranya suhu pemproses, cakera keras, kad grafik dan sebagainya adalah melebihi paras bahaya. WhySoSlow misalnya ada satu ciri untuk memberi amaran kepada anda jika perkara tersebut berlaku. Sangat-sangat bermanfaat.
Penjagaan LCD
Mungkin ada adik-adik Kak Mona seronok untuk tekan skrin LCD laptop dan tengok betapa cantiknya LCD tersebut membuat gelombang piksel pada skrin. Tapi Kak Mona nak pesan, baik pembaca elakkan daripada buat perkara tersebut. Bermain dengan LCD laptop boleh merosakkan dalaman skrin tersebut dan mungkin tiada jalan lain untuk membaikinya selain ditukar kepada yang baru.
Jadi tengok-tengoklah jika ada adik kecil tersayang yang cuba menekan LCD tersebut. Cakap kat dia, “Tak elok buat macam tu. Nanti rosak siapa nak ganti? Adik?” Hihi.
Jika dah berhabuk dan ada kotoran pada LCD tersebut, Kak Mona sarankan untuk pembaca guna bahan pencuci yang dikhaskan untuk tujuan tersebut. Tolong sama sekali jangan guna air atau apa-apa yang lembap ya! Kalau rosak nanti kena hantar pula pada Kak Mona untuk repair ;p
Jangan Jatuhkan Laptop
Laptop yang biasa adalah mudah untuk rosak jika terjatuh terutamanya pada bahagian cakera keras. Jadi, Kak Mona pesan kepada pembaca untuk pastikan laptop anda berada pada tempat yang selamat seperti di atas meja dan berhati-hati semasa menggunakan laptop di riba pembaca.
Jika pembaca menggunakan laptop pada riba, ada risiko untuk laptop tersebut itu jatuh ketika tengah dalam penggunaan. Jika jatuh pada ketika itu, cakera keras jenis biasa iaitu yang menggunakan kaedah mekanikal bukannya seperti SSD mungkin akan rosak dan menyebabkan data-data didalamnya susah untuk diakses semula.
Jika pembaca adalah dari jenis yang lasak, Kak Mona rekemen untuk tukarkan cakera keras biasa tersebut kepada yang jenis SSD. Kalau jatuhpun laptop ketika tengah guna tapi pembaca pakai cakera keras SSD, mungkin laptop masih boleh digunakan lagi dan data akan kekal selamat. Tapi tolonglah jangan sengaja-sengaja jatuhkan laptop untuk test SSD hebat atau tidak pula ya.
Selamat Tinggal Virus dan Penggodam
Setiap hari ada sahaja cara baharu untuk virus dan penggodam menceroboh dan mungkin merosakkan sistem komputer kita. Bila komputer kita sudah dijangkiti virus, mungkin agak sukar untuk menghapuskannya semula. Lagi pening jika virus tersebut akan merosakkan fail-fail penting yang ada didalam komputer tersebut dan kita tak dapat buat apa-apa untuk mendapatkannya semula.
Jadi, pembaca-pembaca sekalian bolehlah menggunakan perisian anti-virus yang ditawarkan oleh banyak syarikat. Ada yang percuma dan ada yang berbayar.
Contoh anti-virus yang percuma ialah Avira Free Antivirus, AVG Free Anti-virus dan lain-lain lagi.
Walaupun versi percuma ini mungkin memadai kepada sebilangan daripada kita, tapi Kak Mona lebih rekemenkan untuk anda dapatkan versi anti-virus yang premium. Mudah untuk Kak Mona katakan bahawa perbezaan antara versi percuma dan berbayar adalah seperti langit dan bumi.
Sebagai contoh, ada pengeluar antivirus versi premium yang menawarkan fungsi untuk mengesan laman-laman web scam seperti laman web perbankan scam.
Antivirus premium ini juga selalunya menyediakan juga fungsi firewall untuk menghalang serangan penggodam dari luar. Biasanya router internet sudahpun ada firewallnya tersendiri tetapi lebih baik lagi untuk menambahkan tahap keselematan laptop anda dengan memasang firewall pada sistem operasi anda juga. Lebih-lebih lagi jika pembaca kerap menggunakan rangkaian wifi pihak ketiga.
Pembaca boleh tengok ciri-ciri premium yang Kak Mona terangkan tadi di kedai Monaliza untuk maklumat lanjut. Ingat, sediakan paying sebelum hujan ya.
Penjagaan Bateri
Prestasi bateri adalah berkait rapat dengan suhu persekitarannya. Biasanya, kekalkan penggunaan pada suhu bilik atau rujuk kepada panduan yang dinyatakan di manual penggunaan laptop anda.
Suhu yang ekstrim mampu untuk merosakkan bukan sahaja bateri malah komponen-komponen dalaman laptop. Jadi Kak Mona nak pesan jangan tinggalkan laptop anda terdedah lama di dalam kenderaan dan dibawah cahaya matahari yang kuat. Khuatir jika anda terus guna laptop tersebut ketika itu juga dalam keadaan bateri yang mungkin panas, prestasi bateri itu mungkin akan berkurangan.
Lagi satu, elakkan untuk menggunakan laptop diatas permukaan lembut seperti cadar, tilam dan sebagainya kerana tahap pengudaraan udara di dalam laptop adalah kurang baik berbanding di permukaan rata.
Selain itu, untuk pastikan hayat bateri dapat digunakan untuk satu tempoh yang panjang sebelum diganti, elakkan daripada mengecas bateri itu sepanjang masa. Ini penting untuk pastikan elektron di dalam bateri itu sentiasa bergerak pada kebanyakan masa penggunaannya.
Ada juga pengeluar laptop sekarang yang memasang perisian khas untuk menjaga jangka hayat bateri laptop-laptop keluaran mereka seperti perisian Lenovo Settings oleh Lenovo.
Didalam perisian tersebut, adik-adik Kak Mona boleh pasangkan tetapan Conservation Mode untuk menjaga hayat bateri laptop anda. Periksa laptop anda sekiranya ada juga perisian seperti ini.
Jika tiada, boleh cuba pergi ke laman web mereka untuk lihat jika ada muat turun yang boleh anda dapat di sana.
Ada juga pakar yang rekemenkan untuk tidak menggunakan bateri sekiranya anda selalu menyambung laptop tersebut ke sumber kuasa.
Lagi satu, pastikan anda berhati-hati dari menggunakan pengecas laptop yang bukannya dari pengeluar asal laptop anda. Mungkin harganya lebih murah berbanding yang asli, tetapi mungkin pengecas dari sumber ketiga tersebut tidak mempunyai tahap kesesuaian yang optimum dengan laptop anda.
Langkah yang selamat adalah dengan sentiasa membeli barang ganti dari pengeluar yang sah dan asli.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan