Macbook Repair - Mecnote: TIP BERGUNA UNTUK MEMBELI LAPTOP “SECOND HAND”

Cari Model Mac

Ahad, 17 Disember 2017

TIP BERGUNA UNTUK MEMBELI LAPTOP “SECOND HAND”

  1. Tahu apa yang anda perlukan
Pastikan terlebih dahulu spek laptop tersebut,RAM,CPU.
Cara Penggunaan         RAM
    (memory)
Processer
(speed)
Basic Use E-mel, melayari web, perkongsian gambar, tugas pejabat asas, kewangan peribadi      2 GB  1GHz
Intermadiate Use Semua di atas termasuk memuat turun / mengurus muzik, perisian kreatif asas, tugas pejabat lanjutan      4GB    2GHz
Advanced Use Semua di atas ditambah Pengeditan Filem / foto / muzik, permainan,      web hosting, ciri-ciri canggih      6GB   4GHz

  1. Periksa Bateri
Jika anda merancang untuk menggunakan laptop anda tanpa penggunaan adapter, disarankan untuk mencari bateri yang menggunakan lithium ion kerana bateri ini dapat bertahan lebih lama. Walau bagaimanapun, kebanyakkan bateri mempunyai jangka hayat selama 3 tahun, jadi berkemungkinan besar bateri tersebut telah tidak dapat digunakan atau sudah lemah. Jadi anda perlu mempertimbangkan untuk membeli bateri yang baru.

  1. Permainan Komputer
Laptop second hand bukanlah pilihan yang terbaik untuk bermain permainan computer terkini. Lebih baik jika anda membeli yang baru.

  1. Periksa laptop sebelum membeli
Anda perlu memeriksa beberapa kompenen beriku dengan teliti sebelum membelinya

  • Frame – memeriksa kes terlebih dahulu. Pastikan tiada kesan retak kerana ianya akan membuat jangka hayat laptop anda semakin pendek. Cari juga masalah lain seperti hinges yang telah longgar, warping, dan juga bahagian yang hilang seperti skru.
  • Skrin – perhatikan keadaan skrin. Pastikan skrin tersebut berkedip atau mempunyai kecerahan yang tidak rata. Ini berkemungkinan sambungan longgar atau ianya sudah rosak. Periksa jika ada piksel yang tersangkut atau mati, contohnya seperti bintik-bintik putih pada skrin. Sesetengah piksel boleh diperbaiki dan sesetengah nya tidak. 1 hinga 2 piksel yang mati sememangnya tidak dapat dikesan tetapi jika ianya lebih ia boleh menjejaskan skrin.Untuk memeriksa piksel mati, anda boleh menggunakan software Dead Pixel Buddy 1.1 yang boleh dimuat turun di softpedia.com. Ianya memerlukan sedikit ruang pada hard disk.
  • Peranti – lihat pada papan kekunci. Ini adalah bahagian computer yang paling banyak digunakan. Perhatikan jika ianya mempunyai apa-apa kerosakkan. Uji pemacu CD juga.
  • RAM – jumlah RAM (atau ruang memori) , ianya menentukan kelajuan laptop dan computer anda. Sebelum membeli, periksa slot yang ada dahulu. RAM dapat ditambah jika mempunyai slot tambahan.
  • HDD – pastikan jangka hayat hard disk dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan.

  1. Periksa sambungan dengan Internet
Pastikan sambungan ke internet dapat dilakukan. Periksa juga slot USB pada bahagian tepi atau belakang laptop.

  1. Beli jenama yang dikenali
Apple membina beberapa computer yang sangat tahan lama. Lenovo juga boleh tahan juga. Perlu diketahui  beberapa laptop seperi Dell yang baru boleh didapati dengan harga yang lebih kurang sama dengan second hand.

  1. Jangan bayar tarlalu banyak, Dapatkan dengan harga yang perpatutan
Sebelum membeli pastikan anda sudah membuat beberapa carian tentang harga laptop tersebut. Anda boleh membuat carian di internet.Banyak website yang boleh dipercayai.

  1. Ketahui risiko sebelum membeli
Anda perlu ketahui bahawa peruncit akan mengenakan bayaran lebih tinggi berbanding seorang individu untuk barang yang sama, tetapi peruncit akan memberikan warranty untuk masa beberapa bulan. Jadi anda perlu membuat keputusan yang baik.

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan