Macbook Repair - Mecnote: Taknak Laptop Anda Jadi Lembap & Slow? Ikut 5 Langkah Ini.

Cari Model Mac

Ahad, 3 Disember 2017

Taknak Laptop Anda Jadi Lembap & Slow? Ikut 5 Langkah Ini.

Taknak Laptop Anda Jadi Lembap & Slow? Ikut 5 Langkah Ini.


Ada satu perkara yang kita mahukan sebagai pengguna adalah berharap laptop yang digunakan akan menjadi lebih laju. Dari pengalaman saya, kebanyakan masa bila orang nak gunakan laptop mereka selalu cakap laptop terlalu perlahan.
Ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengelakkan laptop  anda dari menjadi lembab.
1. UPGRADE KE SOLID STATE DRIVE (SSD)
Seperti yang anda tahu Solid State Drive (SSD) sedang hangat di pasaran. SSD merupakan teknologi storage media yang baru. Ia merupakan media storage yang terpantas pada masa ini, dengan 10 kali laju berbanding tradisional storage media iaitu Hardisk (HDD).
Saiz kapasiti adalah lebih kecik berbanding hardisk tetapi sangat laju. Saya rekomen anda untuk memakai SSD 120GB/240GB untuk dijadikan main dan hardisk lama dijadikan secondary storage.
2. DISK CLEANUP
Disk cleanup merupakan programs yang telah di install sekali di dalam Windows anda. kegunaan Disk Cleanup adalah untuk delete Temporary Internet Files, Download Programs Files, dan Offline Webpages.
Disk Cleanup juga membolehkan anda untuk kosongkan Recycle Bin, Delete Temporary Files dan Thumbnails.
3. SCAN MALWARE & VIRUS
Tiada apa yang akan memperlahankan laptop anda daripada virus atau beberapa malware. Sebaik sahaja hardisk anda telah dibersihkan, seterusnya jalankan perisian antivirus dan lakukan imbasan keseluruh hardisk laptop. Jika ia mendapati apa-apa virus atau malware, terus buang.
Download perisian AntiVirus percuma dari internet atau anda boleh beli perisian AntiVirus yang berbayar dari kedai laptop ataupun beli secara online. Sekarang semuanya di hujung jari anda.
4. TAMBAH MEMORY (RAM)
Salah satu pilihan yang mudah dan berpatutan adalah upgrade / tambah kapasiti RAM laptop anda. Dengan menambah beberapa gigabyte RAM, anda boleh meningkatkan lagi jumlah aplikasi yang boleh disimpan dalam memori, sekali gus mempercepatkan lagi masa pemprosesan laptop.
5. FORMAT WINDOWS 7/8/10 YANG BARU
Langkah lain yang anda boleh lakukan adalah dengan format semula Hardisk (HDD) laptop anda dan install Windows baru. Selalunya Windows yang baru di install tiada masalah sekiranya dilakukan Format Clean dan hardisk (HDD) atau solid state drive (SDD) tersebut tiada masalah

Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan