Macbook Repair - Mecnote: Sebab Kenapa Windows Selalu Unresponsive

Cari Model Mac

Ahad, 10 Disember 2017

Sebab Kenapa Windows Selalu Unresponsive

Sebab Kenapa Windows Selalu Unresponsive



“Windows become unresponsive or crash” anda pasti pernah mengalami masalah seperti ini. Apa yang boleh dilakukan sekiranya berlaku? Walaubagaimanapun bukan semua masalah akan di nyatakan melalui “bluescreen” atau komputer terpadam secara rawak.
 
(1) Hardware Incompatibility (perkakasan/”hardware” tak sesuai)
Jika perkakasan tidak serasi dengan windows, ia boleh menyebabkan isu-isu kestabilan. Biasanya masalah perkakasan / hardware menyebabkan bluescreen windows akan dimatikan untuk mengelakkan kerosakan.
Apabila anda melihat “system freeze / hang”, tanya diri anda jika baru-baru ini ada “connected new hardware” contohnya printer, keyboard,usb drive,external device dan lain-lain lagi untuk komputer anda.
 
(2) Driver Issue
Sekiranya “hardware” tiada masalah, “driver” boleh menjadi punca masalah. “Driver” adalah software yang menghubungkan “windows” dengan “hardware”. Untuk menggunakan ciri-ciri khusus peranti, ia memerlukan “driver” peranti tersebut.
Masalah boleh berlaku jika “driver” yang dipasang / “install” ketinggalan zaman / “outdated”, tak sesuai dengan windows, atau driver yang salah. Sebagai contoh laptop anda datang dengan windows 8 dan downgrade kepada windows 7 tapi wi-fi tak boleh guna sebab laptop anda hanya sesuai untuk windows 8 bukan 7.
 
(3) Windows Registry yang Bermasalah
“Registry” adalah pangkalan data di mana Windows memegang pelbagai maklumat terperinci tentang sistem anda dan konfigurasi. Setiap kali anda “install or remove” perisian, mengedit tatapan, atau membuat perubahan, windows mengambil nota dalam “registry”.
 
(4) Malware
“Malware”, untuk istilah virus, spyware, worm, boleh mendatangkan malapetaka pada sistem. Boleh mengambil alih sistem & menjejaskan prestasi. Sebagai contoh virus brontok, zaman student dulu pc kawan terkena virus ni sebab pc takda antivirus.
Penangan virus ni pc slow macam siput, nak masuk windows dah lambat nak bukak folder pun kene tunggu beberapa minit. Tapi lepas install antivirus dan lakukan total scan nasib baik pc tu pulih seperti biasa.
 
(5) Guna Antivirus yang tak berkualiti, atau menggunakan lebih dari satu antivirus
Anda tidak perlu menjalankan program antivirus lebih dari satu, kerana mereka akan bercanggah dengan satu sama lain dan berpotensi menyebabkan komputer perlahan.
Bagi pendapat saya guna satu antivirus sudah memadai dari guna banyak. Sebab software antivirus ni boleh melambatkan prestasi laptop atau komputer anda. Tetapi ada juga antivirus yang ringan dan tidak memnjejaskan prestasi laptop dan komputer anda.
 
(6) User Tweak
Kemungkinan masalah kestabilan anda datang dari beberapa tweak yang anda telah dibuat. Sebagai contoh tweak windows registry, dinasihatkan jangan usik windows registry kalau anda tidak tahu. Kerana kalau tersilap tweak macam-macam masalah akan berlaku, paling teruk kena format windows balik.





Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan