Macbook Repair - Mecnote: Tips Pemilihan & Penggunaan Pengecas Mudah-alih

Cari Model Mac

Sabtu, 23 Disember 2017

Tips Pemilihan & Penggunaan Pengecas Mudah-alih

Pengecas mudah-alih juga dikenali sebagai powerbank, external battery, portable charger dan lain-lain lagi. Kini, penggunaan pengecas mudah-alih sejajar dengan peningkatan penggunaan telefon pintar. Ramai pengguna telefon pintar mahupun tablet memilikinya bagi mengelakkan dari peranti mereka tidak berfungsi disebabkan kehabisan kuasa bateri. Akan tetapi, sebelum memilikinya beberapa aspek pemilihan pengecas mudah-alih perlu dipertimbangan agar penggunaannya tidak memberi kesan buruk kepada peranti mahupun penggunanya.
Power-Banks

Tips Pemilihan & Pembelian Pengecas Mudah-alih

Seperti yang kita ketahui, pengecas mudah-alih ini didatangkan dengan pelbagai kapasiti seperti 3000mAh, 8000mAh, 10000mAh hingga 30000mAh dan mempunyai pelbagai jenama.
1. Kapasiti Bateri Pada Peranti & Pengecas Mudah-alih
Sebelum memiliki pengecas mudah-alih ini, anda harus mengetahui berapakah kapasiti bateri peranti anda. sebagai contoh jika anda menggunakan Xiaomi Redmi Note 3 yang mempunyai kapasiti bateri sebanyak 4000mAh dan pengecas mudah-alih berkapasiti 10000mAh. Secara kasarnya, anda boleh mengecas peranti anda sehingga penuh sebanyak 4 kali. Ini adalah pengiraan kasar tanpa menolak kuasa yang hilang semasa proses mengecas peranti. Dari pengalaman, pengecas mudah-alih berkapasiti 10000mAh boleh mengecas sehingga 2 kali saja bergantung pada penggunaannya.
15938787863_42a04c9719_o
Kesimpulannya, belilah pengecas mudah-alih yang mempunyai kapasiti bateri yang tinggi
2. Bilangan Output & Input
Pasti bilangan port USB yang terdapat pada pengecas mudah-alih menjadi faktor utama pembelian kerana sesetengah pengecas mudah-alih hanya dilengkapi dengan satu port usb dan bermakna hanya satu peranti sahaja boleh digunakan didalam satu-satu masa. Walaubagaimana pun, pengecas mudah-alih yang mempunyai dua/lebih port USB/ mempunyai bilangan kuasa output yang berbeza dan selalunya dilabel sebagai 1A dan 2A. Menggunakan output yang lebih tinggi adakalanya tidak mempercepatkan proses mengecas peranti atas faktor kabel yang digunakan ataupun input peranti yang tidak sama dengan output bekalan kuasa. Sesetengah tablet memerlukan output yang lebih tinggi untuk dicas. Tambahan, pilihlah pengecas yang mempunyai ciri-ciri perlindungan dari pengecasan berlebihan (overcharging), perlindungan dari suhu dan lain-lain ciri keselamatan.
3. Jenama/Model, Saiz, Harga & Jaminan Pengecas Mudah-Alih
Jenama adalah satu langkah mengenalpasti samaada sesuatu produk tersebut mempunyai kualiti ataupun tidak. Bagi kategori pengecas mudah-alih, beberapa jenama yang dijamin kualitinya antaranya Xiaomi, Yoobao, dan Pineng. Tetapi, terdapat beberapa masalah berkenaan jenama itu sendiri kerana penghasilan produk tiruan menggunakan jenama produk asal seperti Yoobao & Xiaomi. Seperti Xiaomi, penggunaan pengecas mudah-alih dari jenama ini sangat popular dan meluas di negara ini dan jika anda pergi ke pasar malam pasti anda akan melihat model tiruannya dijual secara meluas dan adakalanya harganya lebih mahal dari asal. Pelbagai tawaran model dan kapasiti sehinggakan terdapat berbagai-bagai harga yang ditawarkan walaupun ianya mempunyai kapasiti yang sama. Untuk pengecas mudah-alih dari Yoobao, anda boleh merujuk pada tips yang dikeluarkan oleh pihak Yoobao sendiri langkah mengenalpasti Yoobao asli atau tiruan.
Cara Mengenalpasti Yoobao Asli atau Tiruan. Manakala ini pula panduan bagi powerbank Xiaomi
Selain dari jenama, saiz juga harus dipertimbangkan. Ini bagi memudahkan anda membawanya ke mana-mana. Jadi sebelum membeli, pastikan anda mengetahui saiz dan berat pengecas mudah-alih tersebut.
Seperti mana sifat manusia, pasti mereka mahukan pengecas mudah-alih murah dan mempunyai kapasiti yang tinggi. Harga dan jaminan harus diambil berat didalam hal ini. jadi, pada kami belilah yang anda rasa sesuai dengan budget anda. Tambahan, pilihlah pengecas yang mempunyai ciri-ciri perlindungan dari pengecasan berlebihan (overcharging), perlindungan dari suhu berlebihan dan lain-lain ciri keselamatan.

Tips Penggunaan Pengecas Mudah-Alih

Bagi mereka yang telah memiliki pengecas mudah-alih ini pasti bertanya-tanya apakah cara/tips bagi mengekalkan jangka hayat pengecas atau peranti anda. Berikut adalah beberapa tips yang kami dapat kumpulkan melalui pelbagai sumber.
1. Cas Kapasiti Sehingga Penuh
Seperti kita tahu, pengecas mudah-alih adalah gabungan bateri secara siri. Dan apabila ianya mempunyai kapasiti yang tinggi, pasti masa untuk mengecas pengecas tersebut akan mengambil masa yang lama. Selalunya semasa proses pengecasan terdapat lampu menandakan kapasiti yang telah dicas. Jadi tunggulah sehingga ianya berhenti berkelip. Pastikan palam (plug) yang anda gunakan adalah palam yang didatangkan bersama-sama peranti dan bukannya dibeli di pasar malam atau palam tiruan. Ini bagi mengelakkan peranti anda dari mengalami litar pintas (short circuit).
2. Peranti harus ditutup/Switch Off
Ini hanyalah cadangan sahaja. Jika anda ingin membukanya tidak jadi masalah, tetapi pastikan beberapa fungsi haruslah dikurangkan penggunaannya seperti Wi-Fi, bluetooth, dan data. Kalau proses pengecasan dilakukan sambil bermain permainan, melayari internet, bagaimana bateri peranti anda akan penuh?
3. Guna Semasa Kecemasan
Cuba membataskan penggunaan pengecas mudah-alih ini. Jika terdapat palam elektrik, komputer, gunakannya untuk mengecas peranti anda. Ini tidak membebankan anda untuk mengecas pengecas muda-alih selang beberapa hari sahaja.
4. Lampu Suluh dan Lampu Penanda
Meskipun pengecas mudah-alih ini dilengkapi dengan fungsi lampu suluh, dilarang secara keras untuk bermain-main dengan fungsi ini sewaktu bosan kerana ianya menggunakan jumlah tenaga yang banyak. Begitu juga dengan lampu penanda, tidak perlulah setiap masa anda perlu menekan butang bagi memastikan kapasiti bateri yang tinggal.
5. Persekitaran
Kerana ianya adalah gabungan beberapa bateri didalamnya, ianya pasti akan berlaku kerosakan jika terdedah kepada air dan lain-lain. Dicadangkan anda membeli satu pelindung (casing/cover) untuk pengecas ini. Selain dari itu, pastikan kabel tidak dipasang pada port USB, kerana jika ianya tidak disimpan secara cermat mungkin akan merosakkan port USB itu sendiri apabila terjatuh.
powerbank-case
Selain itu, kerapkan lakukan pemeriksaan pada kabel, penyambung dan lain-lain dari berlakunya litar pintas. Ini akan memburukkan lagi keadaan jika ianya membabitkan peranti anda.
6. Kegunaan Peribadi
Ini adalah cara paling kejam bagi memastikan pengecas mudah-alih anda tahan lebih lama. Pastikan ianya digunakan hanya untuk peranti anda sendiri dan tidak dikongsi bersama-sama rakan.

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan