Macbook Repair - Mecnote: Panduan bagi mengelakkan daripada berlakunya kesan ‘burn-in’ pada skrin iPhone X

Cari Model Mac

Sabtu, 30 Disember 2017

Panduan bagi mengelakkan daripada berlakunya kesan ‘burn-in’ pada skrin iPhone X

Panduan bagi mengelakkan daripada berlakunya kesan 'burn-in' pada skrin iPhone X
Apple mengeluarkan panduan untuk pengguna mendapat manfaat sepenuhnya daripada skrin Super Retina iPhone X.
Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang kesan seperti terbakar atau istilah bahasa teknologinya dipanggil ‘burn-in‘ yang terjadi pada telefon pintar terbaru dari Google, Pixel 2 XL.
CNET sebelum ini telah pun memperkatakan isu ‘burn-in‘ yang berlaku pada skrin Pixel 2 XL tersebut dan pihak Google telah punrespon terhadap laporan tersebut.
The Pixel 2 XL screen has been designed with an advanced POLED technology, including QHD+ resolution, wide color gamut, and high contrast ratio for natural and beautiful colors and renderings. We put all of our products through extensive quality testing before launch and in the manufacturing of every unit. We are actively investigating this report.
Untuk lebih memahami apa yang dikatakan sebagai kesan ‘burn-in’ pada skrin, kita lihat semula permulaan kepada isu tersebut.
Apa maksud skrin ‘burn-in’
Isu skrin dengan kesan ‘burn-in’ atau juga dikenali sebagai ‘ghost image’ bermaksud perubahan warna yang kekal pada satu kawasan tertentu pada skrin peranti. Ia biasanya berlaku pada skrin yang menggunakan paparan monitor CRT (cathode ray tube) dan skrin plasma.
Ia berlaku apabila imej statik pada skrin dipaparkan terlalu lama pada satu-satu kawasan di dalam skrin peranti tanpa ada sebarang pergerakan atau perubahan pada kawasan skrin tersebut.
Panduan bagi mengelakkan daripada berlakunya kesan 'burn-in' pada skrin iPhone X
Contoh kesan ‘burn-in’ pada skrin CRT.
Apabila teknologi skrin berkembang dan mula menggunakan teknologi  OLED (Organic Light Emitting Diode), masalah sama tetap berlaku dan yang terbaru adalah di peranti telefon pintar Pixel 2 XL dari Google.
Walaubagaimanapun, skrin dengan kesan ‘burn-in’ pada kebanyakan kes kebiasaannya akan hilang selepas beberapa bulan atau jika anda kerap menggunakan peranti tersebut.
Tetapi berbeza dengan kes yang berlaku pada skrin Pixel 2 XL, garisan pada bar notifikasi dan butang ‘hotkey’ di peranti tersebut masih tetap terperangkap walaupun selepas paparan ditutup semalaman dan selepas dibuat pembetulan tetapan semula pada skrin peranti.
Panduan bagi mengelakkan daripada berlakunya kesan 'burn-in' pada skrin iPhone X
Kesan ‘burn-in’ pada butang navigasi Google Pixel 2 XL. Kredit foto: Josh Miller/CNET
Jadi, apa kena mengenanya isu skrin ‘burn-in‘ ini dengan iPhone X? 
iPhone X terbaru dari Apple tidak lagi menggunakan skrin LCD sepertimana yang terdapat pada iPhone-iPhone terdahulu. Sebaliknya Apple telah mula menggunakan teknologi OLED untuk skrin iPhone mereka.
Apple menggelarkan skrin iPhone X sebagai Super Retina Display yang dilengkapi dengan ciri HDR di mana ia menyokong kawasan yang lebih luas pada imej gelap dan terang dalam gambar dan video. Ini bermakna gambar yang dipaparkan pada skrin iPhone X akan kelihatan lebih terang dan jelas berbanding sebelum ini.
Namun begitu, Apple tetap berwaspada akan isu ‘burn-in’ ini. Jadi pihak Apple telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan panduan dan kenyataan berkaitan isu ini untuk pengguna iPhone X. Ini bermakna, isu yang sama ini turut boleh berlaku pada skrin iPhone X.
Berikut adalah kenyataan Apple berkaitan dengan isu ‘burn-in’ :-
If you look at an OLED display off-angle, you might notice slight shifts in color and hue. This is a characteristic of OLED and is normal behavior. With extended long-term use, OLED displays can also show slight visual changes. This is also expected behavior and can include “image persistence” or “burn-in,” where the display shows a faint remnant of an image even after a new image appears on the screen. This can occur in more extreme cases such as when the same high contrast image is continuously displayed for prolonged periods of time. We’ve engineered the Super Retina display to be the best in the industry in reducing the effects of OLED “burn-in.”
Bagi menangani isu tersebut, Apple telah pun mengeluarkan panduan khusus bagi pengguna iPhone X untuk membuat tetapan yang sesuai pada skrin iPhone X mereka.
Berikut adalah panduan serta syor dari Apple untuk tetapan paparan skrin iPhone X:-
  • Apple menasihatkan pengguna iPhone X sentiasa mengemaskini sistem peranti iOS mereka dengan yang terbaru.
  • Pengguna juga digalakkan menggunakan tetapan Auto Brightness bagi melaraskan kecerahan paparan skrin iPhone X berdasarkan cahaya ambien di lokasi anda secara automatik.
  • Pengguna iPhone X juga disyorkan menetapkan iPhone mereka untuk memadam paparan secara automatik semasa mereka tidak menggunakannya atau memilih masa aktif paparan skrin yang lebih pendek.
  • Akhir sekali, elakkan daripada memaparkan imej-imej statik pada kecerahan maksimum untuk jangka masa yang panjang. Jika anda mempunyai aplikasi yang menyimpan paparan pada ketika anda tidak aktif menggunakan iPhone X, anda dinasihatkan mengurangkan tahap kecerahan skrin paparan iPhone X tersebut.
Info lanjut berkenaan panduan tetapan paparan skrin iPhone X boleh didapati dari laman web Apple Support.
credit to ariffmac.com
Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan