Macbook Repair - Mecnote: MACAM MANA NAK BERSIHKAN DESKTOP?

Cari Model Mac

Isnin, 11 Disember 2017

MACAM MANA NAK BERSIHKAN DESKTOP?



Desktop ni lebih senang nak jaga sebab kita nak akses komponen dia pon senang, tak perlu buka semua skru untuk akses satu-satu parts. Tetapi ramai yang pandai guna tapi tak pandai nak buat maintenance dekat desktop. Dan ia boleh menyebabkan komponen rosak dan akhirnya desktop tak boleh digunakan. Jadi kita perlu buat servis berkala untuk desktop untuk kekalkan prestasi dan kesejukan desktop. 
.
Langkah Pertama:
Tanggalkan penutup desktop pada bahagian kiri untuk memudahkan akses kepada komponen desktop. 
.
Langkah Kedua:
Tanggalkan skru, kabel dan juga komponen yang dipasang pada dalam casing dan motherboard. Untuk memudahkan kerja pembersihan, lebih baik tanggalkan sekali motherboard.
.
Langkah Ketiga:
Bersihkan bahagian dalaman casing desktop, buang semua habuk, dan lap kesan-kesan habuk dengan kain yang kering. Kalau anda dah tanggalkan motherboard, anda boleh mencuci dengan air. Kemudian jemur sehingga kering.
.
Langkah Keempat:
Bersihkan juga pada bahagian fan, motherboard, graphic card, dan semua komponen yang terdapat habuk, pastikan berus anda kering ya. Anda juga boleh gunakan compressed air untuk memudahkan proses ini.
.
Langkah Kelima:
Gantikan thermal paste pada processor dan juga graphic card. Kenapa? Bila dah lama guna, kita kena servis untuk mengekalkan prestasi dekstop kita agar senantiasa cun dan terbaik.
.
Langkah Keenam:
Jika ada lagi komponen yang anda basuh, pastikan ia sudah kering sebelum meneruskan ke step ini. Pasang semula semua komponen desktop dan kemudian lakukan test run untuk pastikan semua berjalan dengan lancar. 


Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.



Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan