Macbook Repair - Mecnote: Komputer Slow, Nak tambah RAM?

Cari Model Mac

Isnin, 25 Disember 2017

Komputer Slow, Nak tambah RAM?


"Bro, komputer gua slow la sekarang. Nak upgrade RAM lah"
"Bro, ada jual Performance RAM untuk Laptop tak. Nak beli lah. Komputer Slow"
"Bro, tolong Restore laptop aku. Slow sangat lah."

Korang pernah tak teratanya-tanya apa itu RAM?
Macam mana ram berfungsi?
Bila masa perlu untuk upgrade RAM?
Perlu ke tak upgrade RAM?
RAM ke atau bende lain yang perli ditukar?

Korang kene tau dulu macam mana RAM berfungsi. RAM adalah singkatan bagi Random Access Memory. Sebab apa nama die Random? Sebab mcm tu lah RAM berfungsi. RAM akan membaca data secara Rawak.

Ibaratkan data,adalah lagu dalam playlist smartphone korang. Korang boleh pilih lagu yang korang nak dengar, dan korang boleh skip2 kan? Lagu ni tak sedap, korang bukak playlist, pilih lagu yang lain walaupun jarak lagu antara lagu tu jauh.

Lawan bagi RAM adalah SAM, iaitu singkatan bagi Serial Access Memory. SAM ni macam korang dengar lagu kat kaset. Kalau korang tak suka sesuatu lagu, korang tak boleh pilih2, korang kene dengar juga atau fowardkan sampailah korang jumpa lagu yg korang suka. SAM berkerja macam tu. Untuk mencari sesuatu data, SAM perlu bekerja membaca data dari awal sehinggalah data yang dikehendaki itu dijumpai.

CPU akan memproses data ke RAM. RAM akan proses data untuk dihantar ke Hardisk atau SSD korang.

Soalan jenis ni selalu bermain di minda kan kalau laptop atau komputer korang slow.

Korang guna laptop atau komputer korang untuk kegunaan yang macam mana. Masa komputer korang slow, korang pernah tak cek Task Manager untuk lihat kadar gunaan RAM korang?
Macam mana nak cek?

Press Ctrl+Shift+Esc untuk terus bukak Task Manager. Atau korang suka Cara Tradisional, tekan Ctrl+Alt+Del, lepas klik Task Manager.




So, perhatikan kat ruang Memory. Memory keseluruhan aku ada 8GB. Tapi aku baru guna lebih kurang 33% sahaja RAM. Maksudnya RAM aku takde masalah.

Tapi Kalau korang punya RAM usage dah sampai 80-90%, korang tengok pulak macam mana korang guna komputer korang.

Cek korang punye Internet Browser. Korang bukak tab banyak2 ke?
Ke korang Multitask terlampau banyak. Contohnya, Download+Main game+ Dengar lagu + Webcam Chat + blablablabla...

So, terlampau banyak sangat multitask mana2 komputer pn akan lambat. That's an issue mcm mana korang guna komputer korang, bukan masalah RAM. Tapi kalau korang still suka lanyak komputer korang macam tu, tambah RAM boleh menyelesaikan masalah korang. Mungkin korang boleh tukar sekali Hardisk korang kepada SSD, atau better PCI SSD. Baru laju.


Ni SSD biasa. INTEL 730 SSD.

Ni Plextor PCI-E SSD.



Kalau RAM pn x de masalah, ruang CPU pn tak habis guna, tapi komputer korang tetap slow.
Berikut mungkin ada masalah :



  • Malware
  • Virus
  • Tak update Software

Software component tak update pn boleh menjadi penyumbang kepada masalah komputer Slow. So rajin2 lah bukak tengok software korang mana yang dah lama tak update. 

Kalau Software ok, RAM cukup, Virus tarak, dan korang rasa komputer korang tak cukup laju lagi untuk memenuhi keperluan nafsu teknologi korang. It is time untuk TUKAR HDD anda kepada SSD
Gi je kat kedai tanya berapa harga. Mintak Dorang tukarkan sekali.

Berapa Beza harga SSD dengan HDD?

HDD 1TB harga dalam RM2++ mengikut kelajuan
SSD pula 120GB dalam RM3++ mengikut performance, jenama, ketahanan dan lain2 lagi lah.

So, tepuk dada tanyalah nafsu korang. Kalau jenis selalu nak edit video, nak trasnfer gambar2, nak edit2 gambar.

RAM & SSD amat korang perlukan untuk melancarkan lagi kerja korang.

Kalau korang guna untuk Office (tu pun pirate), PDF, Prezi, tengok Youtube bla bla bla. Just manage how you use your Laptop or Computer.

Ni contoh RAM Laptop DDR3

Ni Contoh RAM Desktop DDR3

Kalau nak tukar RAM,tengok korang punya RAM DDR berapa. Jangan tertukar.


Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan