Macbook Repair - Mecnote: Kini, Anda Boleh Mengimbas Dan Menyimpan Fail Di Google Drive Dengan Pantas

Cari Model Mac

Ahad, 24 Disember 2017

Kini, Anda Boleh Mengimbas Dan Menyimpan Fail Di Google Drive Dengan Pantas

Jika sebelum ini, anda perlu menggunakan beberapa aplikasi seperti CamScanner untuk mengimbas dokumen melalui peranti Android, kini mungkin kerja anda lebih mudah melalui aplikasi Google Drive.
Melalui kemaskini terbaru Google Drive untuk Android, pihak Google turut menambah sokongan untuk mengimbas dokumen dan menyimpannya pada Drive. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu pilih “Add New” dan kemudiannya memilih “Scan”.
Google Drive Scan
Kemudian aplikasi kamera akan dibuka untuk membolehkan anda merakamkan gambar, dan secara automatik ia akan mengubah paparan tersebut ke bentuk dokumen yang di imbas.
Buat masa ini, tujuan utamanya boleh dikatakan untuk mengimbas dokumen-dokumen kecil seperti resit dan sebagainya.
Dan menariknya pada sokongan ini adalah dimana ia disimpan dalam bentuk PDF, dan pada masa yang sama membolehkan para pengguna membuat carian teks pada sesuatu dokumen yang diimbas dengan mudah melalui teknologi OCR (Optical Character Recognition).
credit to amanz.my
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan