Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Kelebihan Menggunakan Kad Grafik (Graphic Card)

Cari Model Mac

Sabtu, 2 Disember 2017

Kelebihan Menggunakan Kad Grafik (Graphic Card)


Apa itu kad grafik (graphic card)?

Kad grafik (graphic card) adalah kad tambahan (expension card) yang berfungsi untuk memproses dan menghasilkan imej untuk dipaparkan pada peranti output iaitu monitor. Kad grafik dikenali dengan pelbagai nama antaranya kad pemecutan grafik (graphics accelerator card) dan juga adapter grafik (graphics adapter). Pada masa sekarang, kad grafik berbentuk kad tambahan yang didatangkan dalam bentuk PCI-express. Selain tu, ia juga didatangkan dalam bentuk built-in iaitu disertakan bersama dengan motherboard. Kad grafik jenis ini umumnya dipanggil video controller ataupun graphic controller.


                                    Image result for graphic card



Kelebihan kad grafik (graphic card)

Banyak kelebihan bila menggunakan kad grafik sebagai contoh dianggap komponen terpenting yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja berasaskan grafik seperti editing gambar dan video. Selain itu, mereka yang gemar bermain permainan video juga menggunakan kad grafik terutamanya permainan video berbentuk 3D.



Panduan membeli kad grafik (graphic card)

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli kad grafik yang sesuai, antaranya :



Semak kelajuan Unit Pemprosesan Grafik (GPU)

Berfungsi untuk memproses data grafik. Dianggap otak kepada kad grafik. Dua perkara yang perlu diambil kira ialah kelajuan jam teras (core clock frequency) yang dinyatakan dalam unit megahertz (MHz) dan anda perlu tahu 'pipelines' (penjana laluan) yang dinyatakan dalam unit pixel.

Semakin tinggi kelajuan jam teras dan banyak bilangan 'pipelines', semakin berkuasalah kad grafik tersebut. Kedua-dua elemen ini didarabkan bagi menghasilkan jumlah bayangan yang dijana oleh unit pemprosesan grafik tersebut. Contohnya kad yang mempunyai 8 'pipelines' pada 400MHz adalah lebih baik daripada kad grafik yang mempunyai 4 'pipelines' pada 500MHz.



          Image result for gpu



Semak memori Video

Berfungsi untuk menyimpan data grafik secara sementara sebelum diproses. Dinyatakan dalam unit 'bait'. Semakin besar bilangan 'bait' pada memori video semakin lajulah kad grafik tersebut. Jumlah memori yang tinggi sahaja tidak memadai untuk menghasilkan grafik yang baik. Ianya perlulah diseimbangkan dengan GPU yang berkuasa.


                     



Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan