Macbook Repair - Mecnote: iTunes tidak akan berada Microsoft Store tahun ini

Cari Model Mac

Isnin, 18 Disember 2017

iTunes tidak akan berada Microsoft Store tahun ini

iTunes tidak akan berada Microsoft Store tahun ini



Pada bulan Mei 2017 yang lepas, Microsoft bersama Apple telah mengumumkan yang mana mereka sedang membangunkan perisian iTunes yang akan diterbitkan di Microsoft Store – sekaligus memudahkan semua memuat-turunnya, termasuk pengguna Windows 10 S. Walaubagaimanapun, kini sudah menjelang bulan Disember, dan ia masih tidak dilancarkan lagi sehingga ke hari ini.
Melalui laporan ZDnet, Apple dikatakan telah mengesahkan yang mana Apple dan Microsoft “memerlukan lebih masa” dalam menawarkan perisian iTunes terus pada Microsoft Store. Tiada sebarang tarikh yang diberikan buat masa ini.
Dengan laporan baru ini, ia boleh dikatakan perancangan untuk memperkenalkan iTunes di Microsoft Store masih diteruskan dan tidak dimatikan lagi buat masa ini.
Bagi pengguna Windows biasa, anda mungkin tiada masalah memandangkan masih boleh memuat-turun versi biasa iTunes, dan menjalankannya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda menjalankan peranti dengan Windows 10 S, anda mungkin perlu nantikan sedikit masa lagi sebelum dapat menggunakannya.
SUMBER RUJUKAN: ZDNET




Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro




Tiada ulasan:

Catat Ulasan