Macbook Repair - Mecnote: Hard Disk Drive & Solid State Drive – Kelebihan & Kekurangannya

Cari Model Mac

Sabtu, 23 Disember 2017

Hard Disk Drive & Solid State Drive – Kelebihan & Kekurangannya

Semasa proses membina atau membeli sesebuah PC/laptop, harddisk adalah diantara barang utama yang menjadi pilihan. Dari segi kapasiti, jenama, hinggalah kelajuan harddisk tersebut. Dan hari ini aku ingin memeningkan lagi kepala korang semasa proses pemilihan harddisk. Adakah korang akan membeli harddisk atau hard drive (HDD) yang selalu diguna ataupun menggunakan solid state drive (SSD). Mesti korang tertanya-tanya, yang manakah lebih bagus dan berbaloi? Apakah pula perbezaan diantara kedua-duanya.
Jadi hari ini aku nak huraikan sedikit mengenai jenis, kelebihan dan kekurangan diantara kedua-duanya.

Hard Disk Drive (HDD)



Kita mulakan dengan harddisk atau hard drive (HDD). Pertama kali HDD diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1956. HDD menggunakan medan magnet untuk menyimpan data pada piring (platter) yang berputar. Semakin laju platter tersebut berputar, semakin laju/pantas respon HDD tersebut. HDD yang berada dipasaran selalunya diantara 5400 RPM (Rotation Per Minutes/Putaran Per Minit) ataupun 7200 RPM. Sesetengah HDD mempunyai kadar putaran sehingga 15000 RPM. HDD juga mempunyai 2 saiz yang berbeza iaitu 2.5 inci (selalunya digunakan pada laptop/external harddisk) dan 3.5 inci. Selain daripada saiz, perbezaan connector juga dapat dilihat. Antara 2 jenis connector yang aku tahu adalah IDE dan Serial ATA/SATA.
Bagi IDE, ia mempunyai 40 pin berbanding dengan sata yang hanya mempunyai 7 pin. Tahap kelajuan proses pemindahan data juga berbeza untuk kedua-dua HDD ini. Bagi ID, ia mempunyai kelajuan memindahkan data dari 5MB/saat hingga 133MB/Saat. Manakala SATA, ia mempunyai kelajuan dalam lingkungan 150MB/Saat. Terdapat juga jenis SATA yang dapat menggandakan jumlah kelajuan memindahkan data sehingga 300MB/saat. Lain-lain adalah pada saiz kabel sambungan HDD itu sendiri yang mana IDE lebih besar berbanding daripada SATA.

Solid State Drive (SSD)

InsideanSSD.jpgSeterusnya aku mahu memperkenalkan serba sedikit mengenai SSD. Mungkin korang biasa dengan ‘term’ pendrive ataupun USB drive. Untuk pendrive, ianya menggunakan mikrocip untuk menyimpan data. Jadi dengan lebih mudah SSD ini adalah menyerupai pendrive yang telah dibesarkan kapasitinya. Selalunya SSD ini diperbuat dari NAND-based flash memory atau dengan kata lain ianya menggunakan non-volatile memory. Ada ura-ura mengatakan SSD akan kehilangan data secara tiba-tiba selepas bertahun, tetapi aku rasa ianya hanyalah mitos semata-mata. Disebabkan SSD tidak mempunyai piring yang berputar, ia mampu membuatkan proses pemindahan data dengan laju. Sebagai contoh, SandForce SATA 3.0 (6 GB/s) mampu melakukan proses pemindahan data hingga ke 500MB/saat. Hingga ke hari ini, aku hanya mengetahui SSD mempunyai satu saiz sahaja iaitu 2.5 inci. Kabel sambungan menggunakan soket SATA.

Perbandingan antara Hard Disk Drive (HDD) & Solid State Drive (SSD)

 HDD (Hard Disk Drive)SSD (Solid State Drive)
KapasitiBoleh didapati dari 320GB hingga ke 2TB.Sukar mendapatkan kapasiti yang tinggi. 256GB adalah kapasiti paling tinggi untuk SSD bersaiz 2.5 inci
Kelajuan Read/WriteDalam lingkungan dari 50 - 120MB/sSelalunya melebihi 200 MB/s dan terdapat yang mempunyai kelajuan 500 MB/s atau lebih
EncryptionFull Disk Encryption (FDE) pada sesetengah modelFull Disk Encryption (FDE)
HargaHDD bersaiz 3.5 inci lebih murah dari 2.5 inci.
Contoh : RM1 = 1GB
Lebih mahal jika dibandingkan dengan HDD.
Contoh : RM10 = 1GB
BunyiKadang-kadang ianya menghasilkan bunyi putaran.Tiada bunyi yang dihasilkan.
Kadar Kegagalankadar kegagalan kira-kira 1.5 juta jam atau lebihkadar kegagalan kira-kira 2.0 juta jam atau lebih
Terjejas Dengan MagnetMagnet boleh memadam dataSelamat dari sebarang magnet
Penggunaan KuasaMenggunakan kuasa elektrik lebih tinggi. Jika hanya menggunakan bateri, ia akan mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri.Penggunaan kuasa elektrik yang rendah. Dapat menjimatkan penggunaan kuasa bateri sehingga lebih 30 minit.
Permintaan DipasaranMudah didapati dan terdapat pelbagai pilihanSukar untuk didapati. Mungkin lebih mahal dari biasa.
Kelajuan Membuka/Membaca FailPerlahan daripada SSDSehingga 30% lebih cepat daripada HDD
Jangka Masa Boot Windows 7Secara purata selama 40 saat atau lebih.Secara purata selama 30 saat atau kurang bergantung pada prestasi komputer.
Kadar HabaTidak menghasilkan haba yang tinggi. Tetapi ianya lebih tinggi berbanding SSD kerana mempunyai komponen yang berputarMasih menghasilkan haba tetapi tidak terlalu tinggi.
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan