Macbook Repair - Mecnote: Dell XPS 13

Cari Model Mac

Rabu, 20 Disember 2017

Dell XPS 13

Dell XPS 13


Spesifikasi
·         Intel Core i7-8550U
·         Intel UHD Graphics 620
·         8GB Memory
·         256GB SSD
·         13.3 inches screen with Full HD resolution.
·         Killer 1535 802.11a/b/g/n/ac 2×2 with Bluetooth 4.1
Laptop Dell XPS 13 ini merupakan laptop yang ringan, ketahanan bateri yang lama, skrin Infinity Edge yang cantik, dan juga rekaan yang premium. Untuk model tahun ini, Dell menukarkan processornya kepada processor Intel generasi ke-8 yang terbaru iaitu i7-8550U. Dengan processor yang baru ini, ia memberikan laptop ini performance yang lebih baik dan juga jangka hayat bateri yang makin panjang.

Rekabentuk
Dell masih lagi mengekalkan rekaan siri XPS pada tahun sebelum-sebelum ini. Pada bahagian penutupnya, ia diperbuat daripada CNC machined aluminium dan mempunyai pilihan warna di antara silver ataupun rose gold. Pada rangka utamanya ia menggunakan carbon fiber memberikan sentuhan yang halus pada laptop ini/

Skrin dan Bunyi
Skrin Full HD pada XPS 13 ini merupakan sesuatu yang sangat cantik. Dengan bingkai skrin yang nipis, memberikan lebih ruang pada skrin untuk dilihat. Penghasilan warna yang cukup jelas dan ia mempunyai kontras warna yang cantik dan juga terang.
XPS 13 menghasilkan audio yang berkualiti tinggi dan cukup kuat untuk memenuhi ruang tamu. Juga terdapat Waves Maxxstudio yang merupakan sebuah software yang boleh digunakan untuk mengubah suai setting bunyi.

Keyboard dan Touchpad
Meskipun butang pada XPS 13 ini rendah, tetapi, ia memuaskan apabila sedang menaip. Ia disebabkan penggunaan bahan pada bahagian palm rest. Butang-butangnya juga cukup keras memberikan rasa puas ketika menaip.
Touchpad XPS 13 ini tidak mempunyai butang tetapi ia merupakan sebuah touchpad yang halus dan lembut. Swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

Prestasi
XPS 13 ini merupakan salah satu laptop dengan processor Coffee Lake yang terbaru daripada Intel, ia memberikan jangka hayat bateri yang cukup lama dan performance yang mengagumkan.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro




Tiada ulasan:

Catat Ulasan