Macbook Repair - Mecnote: COMPACTGUI KECILKAN SAIZ FOLDER SOFTWARE DAN GAMES DI KOMPUTER WINDOWS

Cari Model Mac

Rabu, 27 Disember 2017

COMPACTGUI KECILKAN SAIZ FOLDER SOFTWARE DAN GAMES DI KOMPUTER WINDOWS

COMPACTGUI KECILKAN SAIZ FOLDER SOFTWARE DAN GAMES DI KOMPUTER WINDOWS





CompactGUI merupakan satu ulititi percuma untuk yang memudahkan fungsi “compression compact.exe” yang terbina dalam Windows 10. Dengan CompactGUI anda boleh kecilkan saiz folder yang besar kepada saiz lebih kecil. Contohnya folder Adobe Photoshop dengan saiz 3GB boleh dikecilkan kepada 1.5GB dan game sebesar 75GB boleh dikecilkan kepada 25GB. Ianya penjimatan yang sangat besar terutama kepada pengguna SSD dengan kapasiti terhad 120GB – 240GB.

COMPACTGUI KECILKAN SAIZ FOLDER SOFTWARE DAN GAMES DI KOMPUTER WINDOWS

CompactGUI boleh digunakan pada mana-mana folder seperti folder Steam Library, folder Games atau folder software seperti Adobe Photoshop, Lightroom dan Adobe Premiere. Sebagai contoh, saya dapat menjimatkan 55% ruang storan pada HDD di laptop saya selepas saya compress folder PES 2018. Compression pula adalah sangat laju – untuk compress folder 17.9GB ke 8.2GB hanya mengambil masa kurang daripada 5 minit.
Menurut pembangun utiliti ini dan juga komuniti Reddit, CompactGUI tidak akan menyebabkan gangguan prestasi walaupun folder yang saiz asal besar telah dikecilkan sehingga 50% – 80%. Tetapi, bagi game yang kerap diupdate seperti Dota 2, anda perlu menjalankan CompactGUI setiap kali Dota 2 ada update besar.
Download percuma CompactGUI di Github.


SUMBER : 



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan