Macbook Repair - Mecnote: Ciri tersembunyi bagi trackpad Mac

Cari Model Mac

Jumaat, 29 Disember 2017

Ciri tersembunyi bagi trackpad Mac

Ciri tersembunyi bagi trackpad Mac
Tetapan bagi fungsi tambahan Trackpad Mac.
Mungkin ada dikalangan anda yang baru membeli atau hendak berjinak-jinak dengan komputer Macintosh. Sambil menerokai Mac, anda mungkin tercari-cari fungsi-fungsi lain yang boleh anda lakukan dengan trackpad yang ada di MacBook atau aksesori trackpad yang baru anda beli untuk menggunakannya bersama dengan iMac. Mac Mini atau Mac Pro. 
Tetapi sebenarnya tetapan bagi fungsi trackpad bukan hanya ada di situ sahaja, tetapi juga di bahagian Accessibility. Di sini saya akan tunjukkan cara menggunakan fungsi tarik dan lepas (drag & lock) trackpad.
1. Accessibility
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan pergi ke System Preferences. Selepas itu klik pada ikon Accessibility.
2. Mouse & Trackpad
Kemudian, cari dan klik pada tetapan Mouse & Trackpad. Selepas itu klik pada butang Trackpad Options… seperti rajah di atas.
3. Enable dragging
Akhir sekali anda klik pada ruang kotak Enable dragging dan pilih pilihan yang anda mahukan cara untuk anda menggunakan fungsi tarik dan lepas di sini. Terdapat 3 pilihan yang boleh dipilih iaitu without drag lock, with drag lock dan three finger drag. Anda boleh cuba sendiri cara yang sesuai dengan anda. Tetapan yang biasa AriffMac tetapkan di sini adalah three finger drag. 
Selamat mencuba.
credit to ariffmac.com
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan