Macbook Repair - Mecnote: Cara Mengunakan Thermal Paste Yang Betul Pada CPU

Cari Model Mac

Khamis, 14 Disember 2017

Cara Mengunakan Thermal Paste Yang Betul Pada CPU

Cara Mengunakan Thermal Paste Yang Betul Pada CPU

 

Membina PC sendiri semestinya tak lari daripada tugasan memasang Heatsink Kipas CPU atau memasang mana-mana sistem penyejuk CPU yang lain. Antara langkah yang penting ialah meletakkan Thermal Paste pada CPU/Heatsink anda. Tahukah anda bahawa, cara yang salah boleh menyebabkan suhu CPU anda sentiasa tinggi atau overheat?
Tujuan utama Thermal Paste diletakkan diantara permukaan CPU dan Heatsink ialah untuk memastikan tiada ruangan udara atau jarak antara dua peralatan tersebut. Kehadiran jarak atau lapisan udara menyebabkan permindahan haba panas yang tidak sempurna, sekaligus menyebabkan suhu CPU anda naik. Lebih parah, jika CPU anda akan overheat dan rosak.
Antara kesilapan utama dibuat ialah menggunakan Thermal Paste berulang kali tanpa menukar baru. Perlu diingatkan, Thermal Paste hanya boleh diguna sekali dan jika dah diguna, perlu cuci dan letak balik yang baru.
Salah satu lagi kesalahan ialah meletakkan terlalu banyak thermal paste. Ini boleh menyebabkan thermal paste meleleh di tepi CPU. Ini dikira pembaziran duit beli thermal paste. Kuantiti yang banyak tidak akan mengubah kecekapan penyejukkan CPU anda. Malah lelehan Therml Paste ini memberikan risiko untuk litar pintas pada papan induk anda.
Selain itu, kualiti Thermal Paste  akan menurun mengikut masa. Jika anda perasan suhu CPU sentiasa tinggi, itu salah satu tanda anda perlu ganti Thermal Paste baru.
Apabila menggantikan thermal paste, pelbagai cara boleh digunakan. Antara cara yang paling diminati ialah meletakkan thermal paste sebanyak saiz sebesar kacang pada bahagian tengah CPU. Nampak sedikit, tetapi tindakan permukaan heatsink menekan permukaan CPU menyebabkan thermal paste tersebar secara rata ke semua permukaan CPU.



Nampak sedikit, tapi percayalah jumlah sebanyak ini mencukupi
Selain itu, teknik meletakkan thermal paste berbentuk “X” diatas permukaan CPU juga boleh digunakan.

Kemudian ada juga teknik lain seperti buat bulatan, buat dot-dot dan lain-lain. Tapi percayalah semua teknik tersebut ok cuma,  dua teknik di atas adalah yang terbaik dan murah.


Credit:DP



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan