Macbook Repair - Mecnote: Cara mengatasi hard disk penuh untuk Komputer Windows 10

Cari Model Mac

Jumaat, 22 Disember 2017

Cara mengatasi hard disk penuh untuk Komputer Windows 10

Jika anda mendapati ruang di dalam hard disk komputer Windows 10 anda semakin penuh, anda boleh melakukan beberapa cara untuk mengosongkan ruang-ruang di dalamnya untuk kegunaan fail-fail lain.

Pada sesuatu masa, hard disk anda akan dipenuhi dengan pelbagai jenis fail dan ini menyukarkan anda untuk melakukan pemasangan perisian yang baru atau untuk memuat turun fail-fail.
Sungguhpun harga hard disk kini sudah jatuh ke kategori mampu milik, namun atas sebab kekangan masa dan kewangan dalam waktu yang terdekat memerlukan anda melakukan langkah penyelesaian sementara untuk mencari ruang-ruang yang boleh dikosongkan di dalam hard disk anda.

Padamkan Fail-fail yang tidak diperlukan

Cara paling mudah yang tidak perlu diterangkan kepada pengguna biasa menggunakan komputer adalah memadamkan fail-fail yang didapati tidak diperlukan lagi. Anda boleh pergi ke fail-fail berkenaan dan pilih untuk ‘permanently delete’ dengan menekan kekunci ‘Delete’ sambil memegang kekunci ‘Shift’. Fail-fail berkenaan akan diterus dipadamkan tanpa perlu melalui ‘Recycle Bin’.
Selain dari cara yang dinyatakan tadi, terdapat satu lagi cara yang boleh digunakan untuk memadamkan fail-fail yang tidak diperlukan di dalam Windows 10. Caranya adalah dengan pergi ke butang Start, kemudian pergi ke Settings > System > Storage. Klik pada hard disk utama anda pada sebelah atas tetingkap berkenaan. Windows 10 akan menentukan  jenis-jenis fail di dalam hard disk anda dan berapa banyak ruang yang telah digunakan.

Fail-fail akan disusun mengikut jenis seperti Dokumen, Foto dan Muzik. Klik pada mana-mana jenis fail-fail berkenaan dan lihat pada mana-mana fail yang anda rasakan perlu dipadam.

Nyahpasang aplikasi yang sudah tidak digunakan lagi

Anda mungkin tidak memerlukan sesetengah aplikasi yang anda sendiri jarang pakai. Cara untuk menyahpasangnya adalah dengan pergi ke butang Start, seterusnya pergi ke Settings > System > Apps & features. Aturkan aplikasi-aplikasi anda mengikut saiz dan seterusnya anda boleh menyahpasang mana-mana aplikasi yang didapati menggunakan ruang yang besar. Namun, jika anda berasa tidak was-was untuk memadamkan aplikasi-aplikasi yang anda rasa penting, lebih baik anda membiarkannya sahaja.

Kosongkan Recycle Bin

Benda ini paling kerap terlepas pandang oleh kebanyakan pengguna. Secara default, sebarang jenis fail yang dipadamkan masih boleh lagi diambil semula jika ianya masih lagi terdapat di dalam Recycle Bin. Tetapi, bila sampai ke satu-satu tahap, Recycle Bin anda boleh penuh dan anda perlu mengosongkannya.
Anda boleh mengosongkannya dengan pergi ke Recycle Bin dan padamkan fail-fail di dalamnya satu-persatu. Atau, anda boleh memadamkannya sekaligus dengan klik kanan pada ikon Recycle Bin dan pergi ke ‘Empty Recyle Bin’.

Ubah tetapan Microsoft OneDrive

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Microsoft OneDrive bagi melakukan penyegerakan di antara fail-fail di dalam hard disk anda dengan yang berada di dalam awanan, anda perlu melakukan beberapa tetapan untuk mengosongkan ruang-ruang di dalam hard disk anda.
Secara default, fail-fail OneDrive anda disimpankan di dalam komputer anda dan juga di dalam storan awanan OneDrive. Tetapi anda boleh mengubah tetapan ini dengan klik kanan pada ikon OneDrive di dalam system tray Windows, pilih Settings > Choose folders. Kosongkan pada ruang untuk ditanda pada mana-mana folder yang anda tidak mahu ianya disimpan pada komputer anda dan seterusnya klik OK.

Windows Disk Cleanup tool

Terakhir sekali adalah dengan menggunakan Windows Disk Cleanup tool yang memang sudah digunakan sejak era Windows XP lagi. Cara untuk mengaksesnya pada Windows 10 ini adalah dengan cari di dalam senarai App, kemudian buka folder Windows Administrative Tools, dan pilih Disk Cleanup. Seterusnya Disk Cleanup akan menyenaraikan kategori-kategori fail berserta saiznya sekali. Pilih mana-mana fail yang anda rasakan memakan ruangan yang besar di dalam hard disk anda.


Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014
                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan