Macbook Repair - Mecnote: Bagaimana untuk mengetahui Hard Disk atau Motherboard Rosak??

Cari Model Mac

Sabtu, 30 Disember 2017

Bagaimana untuk mengetahui Hard Disk atau Motherboard Rosak??

       Image result for hard disk rosak                                 Image result for motherboard rosak

Apakah itu Motherboard dan Hard Disk

Motherboard atau mainboard atau papan induk juga biasanya dipanggil sebagai mobo merupakan sebuah hardware yang paling utama dalam sesebuah sistem komputer. Motherboard ini merupakan sebuah papan utama dimana terdapat komponen-komponen serta chip controller yang bertugas mengatur pergerakan atau lalu lintas data dalam sistem komputer. Pada motherboard ini juga terletaknya processor, RAM, Sound Card, VGA Card, Internal Modem dan sebagainya.

Hard Disk (HDD) atau cakera keras merupakan sebuah storan capaian rawak bersifat tidak meruap yang
digunakan untuk menyimpan data yang tersedia dalam sesebuah komputer. Ianya dapat menyimpan data lebih banyak jika dibandingkan dengan penyimpan data mudah alih seperti pendrive, CD-ROM dan sebagainya. Data yang disimpan dalam hard disk juga menggunakan prinsip kemagnetan dalam menjalankan operasinya. Sebab itu hard disk sangat sensitif dan mudah rosak jika ianya terjatuh, terhempas dan sebagainya.


Mengesan Motherboard, Hard Disk rosak

Bagaimana pula nak tahu samada motherboard atau hard disk dalam laptop anda rosak? Terdapat beberapa tanda yang boleh dikesan jika motherboard laptop anda rosak, seperti contoh laptop anda boleh on tapi tak keluar gambar, boleh on tapi tak keluar gambar dan lampu berkelip kelip kat caps lock dan atas keyboard, tak boleh on langsung, USB tak boleh pakai, boleh on tapi lepas 5 saat mati sendiri, boleh on tapi lepas 30 minit restart sendiri.

Hard disk juga mempunyai beberapa gejala yang dapat dikesan jika ianya rosak. Antara gejalanya seperti windows tersekat (hang), tak boleh nak masuk windows, blue screen, laptop anda jadi lembap walaupun dah format lebih dari seribu kali, walaupun dah upgrade RAM, hard disk anda terasa panas (boleh dirasakan pada sebelah bawah laptop dimana terletaknya hard disk) keluar bunyi pelik dan bising pada laptop.


Langkah Berjaga-jaga

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan perkara seperti di atas tidak terjadi. Seperti contoh, jangan sesekali menghempas, menjatuhkan laptop anda, jauhkan dari sebarang bahan  berbentuk cecair seperti air minuman dan sebagainya, ini kerana, motherboard akan short dan peluang untuk repair adalah sangat tipis melainkan tukar motherboard terus. Pastikan laptop/PC di shut down dengan betul dan jangan tutup elektrik power terus kerana ianya boleh merencatkan perjalanan RAM dan hard disk. Selain itu, penggunaan anti virus juga sangat digalakkan untuk memastikan laptop anda tidak diserang virus merbahaya yang mana boleh membuatkan hard disk anda corrupt.

Walaubagaimanapun, jika laptop anda mempunyai beberapa tanda seperti di atas, adalah dinasihatkan untuk membawa laptop anda ke kedai komputer atau bertanya pada yang pakar untuk pemeriksaan lebih lanjut. 



Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan