Macbook Repair - Mecnote: Apple MacBook Air 13 (2017)

Cari Model Mac

Isnin, 4 Disember 2017

Apple MacBook Air 13 (2017)

Apple MacBook Air 13 (2017)


Spesifikasi
·         Intel Core i5-5350 processor
·         Intel HD Graphics 6000
·         8GB Memory
·         128GB PCIe SSD
·         13,3 inches screen with 1440 x 900 resolution
·         802.11ac WiFi with Bluetooth 4.0
Apple telah upgrade MacBook Air yang sebelum ini datang dengan 1.6GHz i5 dan pada MacBook Air 2017 ini ia didatangkan dengan processor i5 dengan clock speed 1.8Ghz. Jika anda mencari MacBook dengan harga yang berpatutan, MacBook Air adalah sesuai untuk anda.

Rekabentuk
Apple masih lagi mengekalkan rekaan seperti MacBook Air yang asal iaitu mengekalkan rangka aluminium.

Skrin dan Bunyi
Skrin pada MacBook Air ini hadir dengan resolusi 1440 x 900 menjadikan skrin ini bukan lah skrin yang terbaik. Ia bukan skrin Full HD, dan tidak mempunyai penghasilan warna yang cantik dan terang. Ini kerana ia bukan skrin berjenis Retina.
Tetapi kualiti audio pada MacBook Air ini masih lagi mengagumkan. Ia juga cukup kuat untuk memenuhi bilik bersaiz sederhana.

Keyboard dan Touchpad
Keyboard MacBook Air tidak pernah mengecewakan. Ia memberikan keselesaan ketika menaip dan memberikan rasa yang cukup memuaskan kerana pengguna tidak perlu menekan dengan kuat untuk sampai ke dasar keyboard.
Touchpad MacBook Air pula memberikan navigation yang tepat dan memberikan rasa yang kukuh ketiuka digunakan. Ia lebih digunakan berbanding pada MacBook bersaiz 12 inci dan juga MacBook Pro. Dengan Force Touch pada touchpad MacBook Air ini, drag dan drop menjadi lebih mudah.

Prestasi
Meskipun ia tidak didatangkan dengan processor i5 generasi ke-7 ataupun ke-8, ia masih lagi lancer untuk digunakan, dan tidak ada sebarang tanda-tanda lag ataupun slow ketika penggunaan multitasking. Ketahanan baterinya juga merupakan salah satu kelebihan Apple. Ia bertahan selama 10 jam dan 26 minit ketika penggunaan web browsing dan juga hubungan WiFi.


Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS




Ez Bro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan