Macbook Repair - Mecnote: Apakah ciri adapter yang sesuai untuk laptop anda

Cari Model Mac

Isnin, 4 Disember 2017

Apakah ciri adapter yang sesuai untuk laptop anda

Image result for adapter laptop

Jika anda menghadapi masalah pada adapter laptop anda, semestinya ianya amat mengganggu kerja anda bukan. Tapi tahukah anda power adapter boleh merosakkan laptop anda jika anda tidak mengambil kira kuasa yang disalurkan kepada laptop anda. 

Bagaimana power adapter boleh merosakkan laptop anda


Setiap laptop mempunyai kadar voltan atau aliran arus elektrik yang sesuai baginya. Tidak semua laptop mempunyai kadar voltan atau aliran elektrik yang sama. Bagi laptop yang kecil, kadar voltan dan arus elektriknya lebih kecil daripada yang besar. Maksudnya di sini semakin besar sesebuah laptop itu, makin besarlah kapasiti voltage yang di perlukan.

Perkara ini disebabkan setiap kompenen yang berada didalam sebuah laptop itu mempunyai kadar voltan yang telah di khususkan. Jika ianya disalurkan dengan voltan dan arus elektrik yang lebih, ia akan rosak. Jika kurang disalurkan voltan dan arus elektrik, ia tidak akan berfungsi.

Akibat dari salah pilih adapter
-LCD/LED screen akan mudah rosak
-Hard Disk Driver (HDD) lagging atau tersekat-sekat
-Chipset mudah rosak
-Motherboard mudah terbakar
-Ram tidak boleh berfungsi dengan sempurna
-Bateri akan mudah rosak

Universal adapter vs Original/Replacement adapter


Universal adapter merupakan adapter yang boleh dilaras mengikut kadar voltan dan arus elektrik yang anda mahukan. Ia juga mempunyai connecter yang pemboleh ubah mengikut laptop anda. Namun ianya agak kurang selamat digunakan kerana, apabila sudah lama digunakan, pelaras voltan itu akan menjadi rosak dan boleh memberi efek kepada laptop anda.

Tidak seperti Original/Replacement adapter, kadar voltan dan arus elektrik-nya sudah ditetapkan dan tidak boleh di ubah. Ia lagi selamat untuk digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Dari sini pentingnya bagi anda untuk memiliki power adapter yang betul-betul bersesuaian dengan laptop anda. Elakkan dari mengguna Universal power adapter. Kerana voltan yang disalurkan tidak menentu. Gunakan power adapter yang khusus bagi laptop anda, agar laptop anda mendapat punca kuasa yang sesuai dengannya.

Anda pengguna harus menjadi bijak untuk mendapatkan power adapter yang terbaik bagi laptop anda. Jangan kerana salah memilih adapter untuk laptop anda, anda terpaksa mengeluarkan wang yang besar untuk membaiki laptop anda yang rosak akibat dari kesilapan yang kecil.

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan