Macbook Repair - Mecnote: APA AKAN TERJADI JIKA ANDA TERSALAH ADAPTER?

Cari Model Mac

Khamis, 14 Disember 2017

APA AKAN TERJADI JIKA ANDA TERSALAH ADAPTER?

Tersalah adapter (charger) sama ada sengaja atau tidak akan mengundang bahaya terhadap laptop anda. Jika tersalah adapter tapi volt dan arus (ampere) adapter sama tak menjadi masalah.Tetapi kebanyakannya yang tersalah pasti berbeza pada volt dan arus. Perbezaan ini dibahagi kepada 4, Voltan terlalu rendah, voltan terlalu tinggi, arus terlalu tinggi atau arus terlalu rendah. Apakah kesan yang akan terjadi pada laptop? dibawah ada huraiannya.
Voltan terlalu rendah- Laptop masih berfungsi  jika voltan adapter lebih rendah dari voltan laptop, tetapi arus(ampere) laptop dan adapter mestilah sama.  Voltan ini diibaratkan seperti tekanan air, voltan rendah ibarat seperti  tekanan air rendah. Contoh, speaker laptop  berfungsi tetapi  bunyinnya samar-samar. Sesetengah laptop yang memerlukan  kuasa yang tinggi pasti akan mati-mati ataupun tidak akan hidup langsung. Kebiasaannya voltan rendah tidak melakukan banyak kerosakan atau memendekkan hayat laptop.

Adapters
Voltan terlalu tinggi – Jika Adapter mempunyai voltan yang lebih tinggi, tapi  arusnya adalah sama, laptop akan mengesan aliran arus berlebihan  (overvoltage) dan laptop berkemungkinan akan shutdown dengan sendirinya, tetapi ada sesetengah yang tidak. Di mana, laptop akan terus berfungsi tetapi  akan lebih panas dari biasa. Overvoltage boleh memendekkan hayat laptop atau menyebabkan kerosakan serta merta.
Arus(ampere) terlalu tinggi – Tidak menjad masalah jika voltan adapter sama, tapi arus lebih besar daripada arus input laptop yang diperlukan. Sebagai contoh, laptop anda mempunyai input yang memerlukan 19v 3.42a, tetapi anda menggunakan adapter 19.v 4.62a . Laptop anda masih akan dapat 19v voltan yang diperlukan tetapi arus yang ditarik hanya 3.42a bukan 4.62a. Arus akan berjalan mengikut had arus laptop tersebut .
Arus (ampere) terlalu rendah- Voltan betul tapi arus adapter lebih rendah daripada input laptop maka beberapa perkara mungkin berlaku. Laptop boleh dihidupkan tetapi akan tarik arus adapter lebih dari yang sepatutya.  Hal ini boleh menyebabkan adapter terlalu panas dan gagal berfungsi.  Lampu pengecas bateri mungkin berlampu(tanda cas) tetapi  laptop tak boleh untuk dihidupkan ataupun laptop boleh digunakan tapi bateri tidak dapat dicas. Kesimpulannya, adapter arus rendah membahayakan laptop anda kerana ia menyebabkan pengeluaran haba yang berlebihan.

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan