Macbook Repair - Mecnote: ADAKAH ANDA PASTI YANG ANDA MENJAGA LAPTOP ANDA DENGAN BAIK?

Cari Model Mac

Khamis, 14 Disember 2017

ADAKAH ANDA PASTI YANG ANDA MENJAGA LAPTOP ANDA DENGAN BAIK?

Image result for jaga laptop
Ia memerlukan lebih daripada berhati-hati untuk penjagaan laptop yang sempurna. Bukan hanya dengan meletakkan laptop di dalam bekas kes nya sahaja. Pastikan anda membuat  pemeriksaan pada laptop anda secara bulanan untuk memastikan data dilindungi. Semakin kerap dan baik anda menjaga laptop anda semakin lama jangka masa hayat laptop tersebut.

  1. Bersihkan Hard Drive anda
Ambil masa untuk memeriksa data yang di dalam Hard Drive anda. Pastikan anda menyimpan data yang diperlukan sahaja. Buang data yang tidak diperlukan di dalam hard drive anda.Hard Drive yang bersih adalah Hard Drive yang lebih lancer.

  1. Susun data di dalam Hard Disk(Defrag)
Ini merupakan proses yang akan menyusun semula data yang telah berpecah-pecah supaya ianya mudah dibaca dan membolehkan computer anda berfungsi dengan lebih cekap.

  1. Pastikan laptop anda sentiasa dalam keadaan bersih
Pembersihan laptop secara fizikal dapat membantu mencegah laptop menjadi terlalu panas. Pastikan kipas laptop sentiasa bersih daripada habuk. Pembersihan skrin juga perlu kerap dilakukan supaya skrin sentiasa dalam keadaan yang baik.

  1. Back up data secara kerseluruhan
Back up penuh harus dilakukan secara bulan. Terdapat pelbagai pilihan untuk back up data anda. Anda harus memilih kaedah yang mudah dan senang untuk anda faham. Yang lebih penting pastikan ianya selamat daripada sebarang ancaman.

  1. Kemas kini Perisian / Software Update
Seperti  perisian antivirus atau firewall, anda harus memastikan semua program perisian anda dikemas kini. Dicadangkan untuk mengemas kini perisian anda beberapa kali sebulan.

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan