Macbook Repair - Mecnote: 8 Gajet Paling Menarik Untuk Tahun 2017

Cari Model Mac

Ahad, 17 Disember 2017

8 Gajet Paling Menarik Untuk Tahun 2017

#1- Apple iPhone 8

Image result for iphone8
Iphone 8 Apple adalah antara produk yang dinanti-nantikan tahun ini. Termasuk tahun ini, mereka telah mengeluarkan telefon mereka sendiri selama 10 tahun.
Bersempena ulangtahun iPhone yang kesepuluh mereka akan mereka iPhone 8 ini dengan ciri-ciri yang istimewa jadi anda boleh menjangkakan kejutan hebat apa yang akan anda dapati untuk keluaran kali ini.

#2- Samsung Galaxy S8

Image result for Samsung Galaxy S8
Samsung merupakan antara syarikat gergasi dunia yang sentiasa menarik perhatian penggunanya. Ramai dalam kalangan kita telah menggunakan telefon Galaxy mereka bermula dengan Galaxy 6 dan 7.
Jadi, setelah beberapa lama, mereka membuat keputusan untuk menghasilkan siri baru Samsung Galaxy 8.
Apa yang menarik adalah versi Galaxy terbaru ini didatangkan dengan ciri-ciri istimewa yang baharu seperti pembantu peribadi maya yang boleh membantu pelanggan apabila diperlukan.

#3-Telefon Pintar Lipat Samsung

Image result for Telefon Pintar Lipat Samsung
Kita sudah biasa dengan telefon lipat ketika zaman 90-an dahulu. Akan tetapi, telefon pintar dengan skrin sentuh yang boleh dilipat adalah kedengaran luar biasa.
Samsung telah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mereka telefon inovasi baharu ini.
Banyak syarikat telekomunikasi lain turut bercadang untuk buat perkara yang sama akan tetapi nampaknya Samsung terlebih dahulu telah berjaya merekanya dan melancarkannya nanti.

#4- Telefon Microsoft Surface

Image result for Telefon Microsoft Surface
Microsoft sangat terkenal dengan aplikasi perisian komputernya. Namun syarikat gergasi ini agak ketinggalan untuk produk telefon pintar yang telah banyak didominasi oleh syarikat lain.
CEO syarikat tersebut telah memaklumkan mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka pada tahun ini. Mereka menjanjikan yang produk terbaru ini lain daripada lain.

#5- HTC Vive 2 Virtual Reality

Image result for HTC Vive 2 Virtual Reality
Tanpa dapat disangkal lagi, HTC sentiasa mengeluarkan produk gajet dengan teknologi inovasi yang baru, pantas, terkini dan unik.
Pada tahun ini, mereka ingin VR headset ini kerana percaya kepada permintaan untuk teknologi futuristik yang pasti mendapat sambutan. Kini, pengguna ada cara baru untuk berhibur dan berkomunikasi.

#6- Jam Pintar Android Wear 2.0

Image result for Jam Pintar Android Wear 2.0
Google juga turut tidak ketinggalan untuk melancarkan produk baru. Pada tahun ini mereka melancarkan jam pintar untuk sistem android.
Gajet ini membolehkan anda untuk memuat turun aplikasi daripada from Play Store tanpa perlukan sambungan internet daripada gajet lain.
Kini anda boleh berkomunikasi dalam pelbagai cara menggunakan jam tangan sahaja tanpa perlu ada telefon.

#7- Nokia P1

Image result for Nokia P1
Nokia, pernah menjadi syarikat gergasi telefon yang utama suatu ketika dahulu. Walaupun kini agak ketinggalan dengan pesaing-pesaing yang lain, mereka masih berusaha untuk kembali menguasai pasaran industri.
Tahun ini, mereka melancarkan Nokia p1. Telefon ini beroperasi menggunakan sistem android dan merupakan telefon yang kalis air pertama untuk Nokia.

#8- Google Pixel Notebook

Image result for Google Pixel Notebook
Selain daripada jam tangan pintar, Google turut mengeluarkan produk laptopnya sendiri iaitu Pixel Notebook.

Pastinya keluaran kali ini lebih baik daripada versi yang terdahulu. Hanya tunggu sahaja ciri-ciri istimewa yang akan diumumkan kelak.

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan