Macbook Repair - Mecnote: 7 Tips Supaya Laptop Anda Tahan Lama Dan Tak Perlu Beli Baru

Cari Model Mac

Ahad, 17 Disember 2017

7 Tips Supaya Laptop Anda Tahan Lama Dan Tak Perlu Beli Baru

7 Tips Supaya Laptop Anda Tahan Lama Dan Tak Perlu Beli Baru


Laptop adalah komputer mudah alih dan itulah sebabnya ramai orang di luar sana lebih gemar menggunakannya berbanding komputer desktop. ia digunakan oleh semua orang tidak kira anda ini seorang pelajar, guru, doktor, ahli perniagaan dan lain-lain lagi. Jadi ia adalah tanggungjawab anda untuk membuat laptop anda tahan lebih lama.
Laptop bukan murah untuk di beli, bukan semua orang mampu membeli baru bila ia rosak. Dibawah merupakan tips untuk membantu laptop anda bertahan lebih lama.
1. JANGAN GUNA LAPTOP ATAS PERMUKAAN FABRIK
Anda perlu berhati-hati sebelum meletakkan laptop anda di atas permukaan fabrik seperti di atas katil, sofa atau mana-mana permukaan lembut yang lain semasa dihidupkan. Ini kerana permukaan fabrik yang lembut akan menghalang pengudaraan (ventilation system) di bahagian bawah laptop.
Ini menghentikan perjalanan udara dibawah laptop dan mengekalkan suhu. Jadi sentiasa meletakkan laptop anda di atas meja atau atas permukaan yang keras.
2. JAUHKAN LAPTOP ANDA DARI CECAIR
Bahan cecair atau cecair perlu di jauhi dari laptop anda kerana ada kemungkinan secara tidak sengaja cecair tersebut jatuh pada keyboard dan menyebabkan keyboard tersebut rosak.
Apa yang paling teruk adalah cecair tersebut terkena motherboard laptop. Seperti yang anda semua tahu barang elektronik tak ngam dengan cecair (air).
3. MEMBERSIHKAN LAPTOP
Membersihkan laptop anda dari sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Dimana anda perlu membersihkan kipas laptop yang sudah lama tidak dibersihkan dan mempunyai banyak habuk. Tidak lupa juga untuk menukarkan thermal paste yang sudah kering.
Anda juga boleh membersihkan bahagian skrin laptop tersebut dengan menitis cecair pemberhin skrin pada tisu atau kain.
4. BERHATI-HATI MENGENDALI DC JACK KETIKA MEMASANG CHARGER
Jangan sesekali plug in adapter pada dc jack dengan kuat kerana ia boleh  berlaku retakan pada pateri yang menyambungkannya ke motherboard. Sekiranya ia retak elak dari menggunakannya. Ini kerana ia boleh merosakkan motherboard anda dan juga charger anda.
5. JANGAN LETAKKAN LAPTOP ANDA BERDEKATAN DENGAN PERKAKASAN ELEKTRIK
Jangan sekali-kali meletakkan apa-apa peralatan elektronik berhampiran laptop kerana skrin tersebut boleh menjadi medan elektromagnet (EMF), yang boleh merosakkan peralatan elektronik lain dan juga pada laptop tersebut.
6. JANGAN ON LAPTOP TERLALU LAMA
Dinasihatkan jika anda mahu mengunakan laptop lebih dari 5 jam dan ke atas. Sebaiknya off dahulu 30 minit sebelum anda menyambung kerja anda menggunakan laptop.
Ini kerana ada kemungkinan komponen laptop anda terlalu panas dan boleh menyebabkan kerosakan. Seperti yang anda tahu suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama laptop.
7. JAUHI LAPTOP ANDA DARI KANAK-KANAK KECIK
Ini terbukti bahawa peratusan untuk mereka yang meletakkan laptop dimana anak-anak kecil boleh akses, berkemungkinan besar boleh menyebabkan laptop itu boleh rosak. Ini kerana tiada orang dewasa yang mengawasi mereka ketika itu. Mungkin laptop tersebut terjatuh, dipijak-pijak dan sebagainya.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro




Tiada ulasan:

Catat Ulasan